web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenyataan Hadi Terus Terima Kecaman, Hanya Penyamun Masuk Rumah Orang Ketika ‘Atap Bocor’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 3:46PM

Abdul Hadi Awang - Gambar ihsan Japen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ramalan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kejatuhan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendapat kecaman.

Kali ini, Timbalan Ketua Penerangan Keadilan, Razeef Rakimin berkata, kerajaan ditadbir menerusi konsep Membangun Malaysia Madani dicetuskan Anwar itu, sebaliknya diyakini mampu memulihkan keadaan jika berlaku ‘kebocoran atap’ seperti diperkatakan Abdul Hadi.

“Untuk pengetahuan Abdul Hadi (Awang), hanya perompak dan penyamun yang masuk ke rumah orang ketika ‘atap bocor’. Adakah Hadi Awang sedang merancang ‘rompakan kerajaan’?

“Kerajaan Perpaduan hari ini adalah pentadbiran paling kukuh dengan penguasaan dua pertiga Dewan Rakyat. Jadi di mana asas bahawa kerajaan hari ini tidak akan bertahan lama, apatah lagi dengan pelaksanaan Akta Anti Lompat Parti,” soalnya menerusi kenyataan.

Terdahulu, Abdul Hadi ketika berucap pada sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di sini semalam, dilapor membuat jangkaan bahawa kerajaan diterajui Anwar akan tumbang tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Marang terbabit tidak menyebut berdasarkan apa jangkaannya itu dibuat.

“Orang tanya bila berlaku ini. Ini ramalan. Insya-Allah, (akan berlaku) dalam masa terdekat,” katanya.

Semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi dilaporkan menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai sekadar satu bentuk perang saraf untuk menggambarkan seolah-olah wujud ketidakstabilan politik.

Beliau berkata, pandangan Abdul Hadi tiada asas dan realitinya kerajaan amat kukuh dengan sokongan majoriti dua pertiga.

Mengulas lanjut, Razeef berkata, kebersamaan dalam pentadbiran hari ini boleh dilihat dan hampir semua kepimpinan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengakui lebih selesa bersama Pakatan Harapan (PH), apatah lagi kerajaan sering mendekati rakyat serta mempunyai banyak inisiatif untuk mereka dan negara.

Menurutnya, kesungguhan Perdana Menteri memberikan kuasa petroleum, penambahan peruntukan khas Sabah dan Sarawak, kuasa kepada wilayah dalam pelaksanaan projek serta melaksanakan perkara termaktub Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), turut memperkukuh sokongan parti politik dari kedua-dua negeri berkenaan kepada kerajaan hari ini.

“Adakah PAS dan Bersatu sedang merancang untuk mengulangi sejarah Langkah Sheraton dan menyebabkan pergolakan politik sekali lagi, ketika negara sedang berada di landasan tepat untuk keluar dari krisis ekonomi?” soalnya. - Getaran, 2 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar