web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Euro 2020 Tiada Kejutan Di Peringkat Kumpulan

Euro 2020 telah menyaksikan beberapa perlawanan sengit dan mendebarkan pada pusingan pertama. Tetapi apakah kejutan yang menanti pada perlawanan akhir nanti?

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 12:31PM

Pemain-pemain Denmark meraikan kejayaan layak ke pusingan kalah mati bersama penyokong di stadium selepas tamat perlawanan. Gambar Fail / AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejohanan Bola Sepak Eropah 2020 (Euro 2020) setakat ini tidak membawa apa-apa kejutan besar. Pementasannya yang lewat setahun dek pandemik COVID-19 menyaksikan percaturan awal pasukan pilihan berjalan lancar. 

Pasukan-pasukan yang terkeluar pada pusingan pertama memang sudah boleh dijangka, kecuali Poland yang berada di kedudukan ke-20 senarai FIFA, kesemua pasukan yang layak ke pusingan seterusnya merupakan pasukan yang mempunyai ranking FIFA yang tinggi. 

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak menyaksikan beberapa perlawanan sengit dan mendebarkan pada pusingan pertama. 

Kalau England, Belgium, Itali dan Belanda agak mudah menjuarai kumpulan masing-masing, bagi tiga negara gergasi, Perancis, Jerman dan Portugal - mereka berentap sesama sendiri dalam Kumpulan F - kumpulan maut kejohanan ini. 

Pemain England, Raheem Sterling sewaktu perlawanan antara England dan Croatia. Gambar Fail / AFP
Pemain England, Raheem Sterling sewaktu perlawanan antara England dan Croatia. Gambar Fail / AFP

Jerman hampir terkeluar dek dicabar sengit oleh Hungary yang mendahului sebanyak dua kali, sebelum jaringan Goretzka enam minit sebelum tamat perlawanan (dan keputusan seri 2-2 antara Perancis dan Portugal) menghancurkan impian David mahu menumpaskan Goliath.

Sebelum kejohanan bermula, pasukan pilihan untuk menjadi juara adalah Perancis, diikuti oleh England dan Belgium - tiga dari empat pasukan separuh akhir Piala Dunia 2018. Itali, Jerman, Portugal dan Sepanyol pula berada di belakang mereka. 

Setelah tamat pusingan pertama, rata-rata Perancis masih dikatakan boleh menjadi juara, dengan Itali, England dan Jerman pula di tempat kedua, ketiga dan keempat. Belanda dan Belgium - yang turut memenangi kesemua perlawanan mereka seperti Itali - diberi kebarangkalian yang lebih rendah. (1)

Walaupun Itali kelihatan cemerlang dalam ketiga-tiga perlawanan pusingan pertama mereka: menang kesemua perlawanan tanpa dibolosi gawangnya, kumpulan mereka boleh dikira agak mudah. 

Malah, dalam perlawanan ketiga menentang Wales, mereka merehatkan ramai bintang utama - dan masih menang 1-0. 

Berbanding dengan Perancis pula, mereka bertemu dengan Jerman dalam perlawanan pertama dan Portugal dalam perlawanan ketiga: jauh lebih sengit, mencabar dan dianggap buku bertemu ruas. 

Kegagalan menewaskan Hungary pada perlawanan kedua dianggap satu ‘blip’ oleh ramai peminat bola sepak yang yakin dengan Pogba, Mbappe, Griezmann, Kimpembe dan Varane untuk membawa piala pulang ke Kota Paris. 

Namun, penyenaraian England sebagai salah satu pasukan pilihan mungkin mengejutkan beberapa pihak.

England memang mempamerkan mutu persembahan di luar jangkaan pada Piala Dunia 2018, tetapi dari segi konsisten dan mutu permainan yang menarik pada kejohanan ini, ramai yang berasa England tidak begitu bersinar. 

Ini akan diuji dengan pertemuan di pusingan seterusnya menentang musuh tradisi Jerman, di mana kekalahan dengan Jerman melalui sepakan penalti seolah satu badi yang masih menghantui mereka. 

Persembahan di peringkat kumpulan juga tidak boleh dijadikan kayu pengukur bagi persembahan sesebuah pasukan di peringkat kalah-mati. 

Portugal - juara bertahan dari Euro 2016 - tidak menang satu pun perlawanan pusingan pertama mereka pada kejohanan itu - sebaliknya seri kesemuanya dan hanya layak sebagai pasukan tempat ketiga terbaik.

Pada kejohanan ini pun, mereka layak dengan cara yang sama setelah menang satu, kalah satu dan seri satu dalam kumpulan maut bersama Perancis dan Jerman. 

Adakah ini petanda mereka bakal mengekalkan kejuaraan, apatah lagi dengan keghairahan Cristiano Ronaldo untuk mencipta sejarah sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman? Beliau berada di tempat pertama bersama penyerang Iran, Ali Daie, setelah tamat perlawanan pusingan pertama. (2)

Ronaldo meraikan jaringan keduanya dalam pertembungan dengan Hungary. - Gambar Fail / AFP
Ronaldo meraikan jaringan keduanya dalam pertembungan dengan Hungary. - Gambar Fail / AFP

Bagaimana dengan gergasi-gergasi bola sepak lain: Jerman dan Sepanyol? Jerman sebenarnya kali terakhir memenangi kejuaraan Eropah pada tahun 1996; manakala Sepanyol pula menang dua kali dalam dua belas tahun yang lalu. 

Sepanyol tidak boleh dipandang remeh, tetapi kebanyakan generasi emas Sepanyol sudah mulai bersara dan mereka hadir dengan pasukan muda yang berkaliber - tetapi belum teruji di peringkat antarabangsa. 

Kemenangan 5-0 menentang Slovakia di peringkat pusingan menjadi sebutan - tetapi tidak dinafikan ada beberapa gol yang dijaringkan hasil beberapa gol sendiri yang agak aneh oleh pihak lawan.

Jerman pula masih boleh mengejutkan tetapi prestasi mereka dalam dua-tiga tahun kebelakangan ini - gagal ke pusingan kalah mati di Piala Dunia 2018, tewas dalam Nations Leagues Finals 2019 dan kepada pasukan Macedonia Utara dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 seolah-olah menggambarkan bahawa mereka kekeringan idea. 

Kai Havertz dari pasukan Jerman sewaktu perlawanan antara Jerman dan Hungary. Gambar: Christof Stache / Pool/AFP
Kai Havertz dari pasukan Jerman sewaktu perlawanan antara Jerman dan Hungary. Gambar: Christof Stache / Pool/AFP

Perlawanan terakhir kumpulan F menentang Hungary di mana mereka hampir tewas menambahkan ketidakyakinan atas prestasi pasukan ini. 

Tinggallah dua negara jiran kecil yang belum diulas, iaitu Belgium dan Belanda. Keduanya muncul juara kumpulan masing-masing dengan menang kesemua perlawanan. Belanda seolah-olah muncul dengan nafas baru setelah tidak layak ke Euro 2016 dan Piala Dunia 2018. 

Mereka tampil dengan pasukan yang lebih muda berbanding Belgium - di mana mereka masih dibarisi oleh ‘golden generation’ mereka yang memang dahagakan kejuaraan setaraf dengan kehebatan pemain individu di atas kertas. 

Penulis sendiri (walaupun penyokong tegar England) merasakan Belgium mampu menang kali ini sekiranya mereka dapat menewaskan seteru dalam perlawanan seterusnya: Portugal. Ini merupakan ujian besar pertama mereka setelah mendapat kumpulan yang agak mudah di pusingan pertama. 

Tetapi ramalan sering tiada makna dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah, kerana trademarknya sejak dahulu memang ‘kejutan’. Lihat sahaja kejuaraan Greece pada 2004, atau Denmark pada 1992. Tapi alang-alang ingin membuat kejutan, seronok juga kalau England yang menang, kan? :) - Getaran, 26 Jun 2021

Nota kaki:

1. Kebarangkalian ini adalah berdasarkan rumusan beberapa agensi berbeza, dan kadangkala berbeza antara satu sama lain.

2. Ramai yang tahu tempat ketiga dalam senarai penjaring terbanyak dunia jatuh kepada seorang penyerang legenda Harimau Malaya: Allahyarham Mokhtar Dahari. Tetapi tahukah anda ada dua lagi pemain Harimau Malaya yang tersenarai dalam ‘Top 50’ penjaring terbanyak dunia? Abdul Ghani Minhat berada di tempat ke-35, dan Zainal Abidin Hassan di tempat ke-48.

Isu Pada

Nurul Shamsul - Citra Perempuan Melawan

26 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad