web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peluang Saya Telah Berlalu, Kini Giliran Anda - Chong Wei

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 2:55PM

Chong Wei beraksi dalam final badminton Sukan Olimpik Rio pada 20 Ogos 2016. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wira badminton negara Datuk Lee Chong Wei mencoretkan kata-kata semangat kepada atlet negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik, sukan terbesar dunia yang akan berlangsung tidak sampai sebulan lagi, bermula 23 Julai.

Chong Wei yang juga merupakan Chef-de-Misson (CDM) pasukan Malaysia ke Olimpik Tokyo berkata, persediaan untuk ‘Olimpik dalam pandemik’ ini amat luar biasa, ia mungkin akan memihak kepada sesetengah pihak, dengan keputusan mengejutkan.

Beliau yang kini berusia 38 tahun menyatakan dalam kalendar sukan normal, persediaan Olimpik akan mengambil masa dua tahun menerusi sesi kelayakan dan program-program anjuran Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan untuk menajamkan kemahiran, meningkatkan latihan dan memperkuatkan kekuatan mental.

Namun dengan keadaan pandemik COVID-19 yang masih berlarutan sehingga menyebabkan Olimpik Tokyo ditangguhkan selama setahun, persediaan tidak lagi seperti dahulu, dengan atlet berlatih di bawah gelembung keselamatan dalam kuarantin yang ketat dan banyak kejohanan dan jadual latihan yang tertangguh.

Pemenang tiga pingat Olimpik dan masih atlet negara paling berjaya sehingga kini, juga mengimbas kembali kejayaan terakhir beliau di peringkat Olimpik, mengalahkan bekas juara dan seteru utama Lin Dan dari China di separuh akhir Sukan Olimpik Rio 2016.

Bila saya kalahkan Lin Dan, tiada yang lebih baik lagi dan berasa bangga. Saya terlalu penat pada perlawanan peringkat separuh akhir. Saya ingatkan akan tewas kepada Lin Dan lagi. Namun saya katakan pada diri saya, untuk tidak kecewakan 32 juta doa dari peminat di Malaysia.

“Ia memberikan saya kekuatan tambahan untuk meraih mata kemenangan. Bagaimana negara meraikannya masih lagi segar dalam ingatan saya. Bayangkan kegembiraan negara jika tubuh saya yang penat itu tidak mengalah, dan saya berjaya mengalahkan Cheng Long sehari selepas itu?

“Saya telah terlepas peluang saya. Kini giliran anda. Ini masanya di mana yang terbaik akan dapat meneruskannya,” tulis Chong Wei dalam Facebooknya.

Selepas gagal untuk memberikan negara pingat yang paling dinantikan dua kali iaitu pada Beijing 2008 dan London 2012, dengan kedua-duanya tewas kepada Lin Dan, Chong Wei hampir memenangi pingat emas di Olimpik Rio, namun dinafikan oleh seorang lagi pemain China Cheng Long pada perlawanan akhir.

Chong Wei juga mengingatkan para atlet yang setiap kali mereka membawa lambang negara dan memasuki gelanggang, 32 juta rakyat Malaysia akan menyokong dan mendoakan kejayaan mereka.

“Jadilah seorang rakyat Malaysia… wira,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad