web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azizulhasni Raih Suntikan Semangat Menjelang Sukan Olimpik Tokyo

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 1:45PM

Azizulhashi berharap rakyat Malaysia akan mendoakan beliau menang pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo kelak. Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ikon berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang meraih suntikan semangat dalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini selepas menghuni kedudukan teratas dalam ranking dunia acara pecut individu.

“Saya gembira dengan ranking semasa ini. Sudah tentu ia menjadi pembakar semangat buat saya dalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo. Bagi saya, ia juga berita gembira buat arena sukan berbasikal negara.

“Saya berharap rakyat Malaysia akan terus mendoakan saya memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo nanti,” katanya kepada Bernama, hari ini. 

 Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) semalam (9 Feb), pelumba yang dikenali dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ itu mengumpul 1,600 mata untuk berada di tangga teratas. 

Pelumba Jepun Tomohiro Fukaya pada kedudukan kedua dengan 1,442.5 mata diikuti Sam Webster dari New Zealand mengumpul 1,390 mata di tempat ketiga. 

Dalam acara keirin, Mohd Azizulhasni berada pada kedudukan kedua setelah meraih 1,740 mata di belakang Kevin Quintero dari Colombia yang mengumpul 1,790 mata. 

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu juga berharap berita gembira itu menjadi sumber inspirasi kepada atlet muda negara dalam mengejar cita-cita mereka bagi mencapai kejayaan di peringkat tertinggi. 

Sementara itu, dalam ciapan Twitter Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut mengucapkan tahniah atas pencapaian Mohd Azizulhasni itu. 

“You’ve already been number 1 in Malaysia for so long…and now you’ve taken your well deserved spot at the top of the world. Steady Jijoe! @AzizulAWANG Keep it up. (Anda sudah pun menjadi nombor satu di Malaysia sejak sekian lama ... dan kini anda mendapat tempat yang selayaknya di dunia),” kata Reezal Merican menerusi akaun Twitternya hari ini.

Bagi kategori pecut individu, rakan seperjuangan Mohd Azizulhasni, iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom berada di tangga ke-18 dunia dengan 922.5 mata, Muhammad Fadhil Mohd Zonis pada kedudukan ke-103 dengan 237 mata, manakala Amar Danial Masri di tempat ke-248 selepas meraih 75 mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Tinggalkan Saingan Kebangsaan, Pertahan Emas Keirin

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 7 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad