web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Djokovic Rangkul Kejuaraan Terbuka Perancis, Cipta Sejarah

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 9:05AM

Djokovic memegang trofi juara selepas tamat final Terbuka Perancis. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Novak Djokovic merangkul kejuaraan Grand Slam ke-19nya dan menjadi pemain lelaki pertama dalam tempoh 52 tahun berjaya memenangi keempat-empat kejohanan Major dua kali, selepas bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menundukkan Stefanos Tsitsipas.

Pemain No 1 dunia itu menang dalam lima set 6-7 (6-8), 2-6, 6-3, 6-2, 6-4 ke atas pemain Greece yang berusia 22 tahun itu yang beraksi dalam final Grand Slam pertamanya.

Djokovic kini hanya ketinggalan satu kejuaraan Grand Slam untuk menyamai rekod 20 Major yang dipegang oleh Roger Federer dan Rafael Nadal.

Ini adalah gelaran Terbuka Perancis kedua Djokovic selepas kemenangannya di final 2016, menambah kepada sembilan kejuaraan Terbuka Australia, lima di Wimbeldon dan tiga Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Pemain berusia 34 tahun itu adalah lelaki pertama sejak Rod Laver pada 1969 yang berjaya memenangi kesemua Grand Slam lebih daripada sekali dan yang ketiga dalam sejarah.

“Suasana dalam stadium ini sungguh riuh sekali. Saya ingin berterima kasih kepada semua yang bersama dengan saya dalam perjalanan ini.

“Saya sudah bermain lebih daripada sembilan jam dalam masa 48 jam yang lepas, berdepan dengan dua juara yang hebat. Perkara ini sangat sukar buat saya secara fizikal, tetapi saya percaya pada kebolehan saya dan tahu saya boleh lakukannya,” kata Djokovic selepas final yang berlangsung selama empat jam dan 11 minit. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Djokovic Mungkin Terlepas Peluang Sertai Kejohanan Indian Wells Dan Miami Open Masters

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Jurulatih Indonesia Mohon Maaf Label Beregu Wanita Malaysia ‘Hitam Putih’

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Bintang Tenis Sensasi Roger Federer Umum Bersara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek