web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Anak Malaysia Harumkan Nama Negara Di Jakarta, Rangkul Naib Juara ‘Southeast Asia Final Marathon’

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2026 6:19PM

Noor Amelia Musa (kanan) dan Nik Fakaruddin Ismail (kiri) menyerlah dalam larian 10km dengan catatan masa 00:45:39 dan 00:38:37

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua anak tempatan berjaya mengharumkan nama negara selepas masing-masing ditabalkan sebagai Naib Juara dalam Southeast Asia Final Marathon.

Acara yang berlangsung sempena HAIER Women’s Day Run 2026 di Jakarta, Indonesia itu menyaksikan Noor Amelia Musa dan Nik Fakaruddin Ismail masing-masing mencatatkan masa 00:45:39 dan 00:38:37.

Turut dibarisi pelari elit dari Indonesia dan Filipina, acara berkenaan menterjemahkan falsafah Haier iaitu Play with The Number Ones ke alam realiti. 

Pengarah Urusan Haier Malaysia, Fan Jing berkata, Haier mahu terus membina reputasi sebagai jenama berasaskan gaya hidup yang tidak terhad kepada kelengkapan rumah semata-mata. 

Menurut beliau, visi syarikat adalah memperkasa setiap individu tanpa mengira usia untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif. 

“Inisiatif seperti Southeast Asia Final Marathon bukan sekadar acara sukan, sebaliknya satu platform yang mencetuskan gerakan positif melalui penglibatan peserta dari pelbagai negara.

“Menerusi acara ini, mereka bersatu untuk mencabar had kemampuan diri serta menyuntik inspirasi ke arah kemajuan bersama,” katanya. 

Memasuki tahun ketiga penganjuran, HAIER Women’s Day Run 2026 dibawakan oleh Haier Indonesia dengan mengangkat tema Move for Change: Break the Bias, Break the Limits.

Larian sejauh 10km ini berjaya menghimpunkan lebih 8,000 peserta. 

Walaupun penganjurannya bertujuan memperingati Hari Wanita Sedunia dan Hari Kartini yang disambut setiap tahun di Indonesia pada 21 April, objektif utama tetap terarah kepada pemerkasaan komuniti melalui sukan.  

Untuk info, Noor Amelia dan Nik Fakaruddin bukan nama kecil dalam sukan larian tempatan. 

Gandingan keduanya berjaya membuktikan kehebatan daya saing hebat Malaysia dalam acara seumpama itu di peringkat serantau.  

Noor Amelia, 40, ialah bekas pelari maraton Sukan SEA dan kekal sebagai wajah ikonik yang mewarnai komuniti larian Malaysia.

Terbaharu, beliau merangkul gelaran juara dalam kategori Wanita Veteran di Subang Jaya Half Marathon 2026, mengukuhkan lagi reputasi beliau dalam dunia larian jarak jauh. 

Nik Fakaruddin, 41, pula bukan nama yang asing dalam arena sukan lasak Malaysia, dan memiliki rekod pencapaian mengagumkan menerusi beberapa kemenangan podium di Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon. 

Beliau juga kerap merangkul kejuaraan di Perlis Marathon, hasil daripada penglibatan konsisten dan daya saing tinggi dalam pelbagai acara larian sejak sekian lama. - Getaran, 22 April 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Sementara Ahad Ini Untuk Larian Maraton

2

TARA 3 tahun yang lalu

Kahfbro Lancar Larian Komuniti Untuk Mempromosikan Gaya Hidup Sihat

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Beberapa Laluan Di DASH, SPRINT Ditutup Sementara Pada Sabtu - LLM

4

Gaya 5 tahun yang lalu

PUMA Running Kembali Pada 2021

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar