web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kahfbro Lancar Larian Komuniti Untuk Mempromosikan Gaya Hidup Sihat

Bertujuan untuk mempromosi pendekatan secara dalam komuniti yang lebih meluas melalui banyak aktiviti dan acara gaya hidup sihat. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 4:09PM

Fokus utama KahfBro Run adalah untuk memberi semangat dan sokongan agar sama-sama sampai ke garisan penamat. - Gambar oleh KAHF

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki halal, Kahf pada 11 Mac lalu melancarkan acara berasaskan komuniti pertamanya, Kahfbro Run bersama Crew-ni RC sebagai usaha untuk mendekati pengguna Kahf melalui aktiviti kegiatan luar dan gaya hidup aktif masa kini. 

KahfBro Run merupakan larian berasaskan komuniti pertama yang disertai oleh lebih daripada 150 peserta lelaki termasuk pempengaruh media sosial, blogger dan pengembara, di mana ia melibatkan jarak larian sepanjang 5 kilometer. 

Sebahagian daripada 150 peserta larian KahfBro Run. - Gambar oleh KAHF
Sebahagian daripada 150 peserta larian KahfBro Run. - Gambar oleh KAHF

Ultra Crew-ni RC yang diwakili Khalish, seorang personaliti media sosial kecergasan, sangat yakin bahawa sudah tiba masanya pendekatan seperti  ini dilaksanakan bagi menggalakkan pertumbuhan, serta memberi nilai tambah terhadap potensi dan kualiti jenama Kahf. 

Pendekatan ini penting bagi menyokong variasi rangkaian produk penjagaan diri dan kulit lelaki Kahf yang menitikberatkan elemen halal, berkualiti tinggi, thayyib dan diilhamkan alam semula jadi yang diharapkan mampu memberi impak positif melalui semangat kebaikan bersama komuniti dan persekitaran. 

Wakil Jenama Antarabangsa Kahf, Bella Indah Permatasari berkata, mereka  mempunyai misi berterusan untuk menyebarkan nilai-nilai kebaikan sejagat dalam kehidupan dan keinginan untuk meningkatkan kualiti hidup ke arah yang lebih baik."  

“Kahf menawarkan pelbagai produk dengan formulasi ringan dan imej moden untuk menggalakkan manfaat intelektual, emosi, dan rohani.”

“Melalui penglibatan bersama komuniti yang erat seperti bersama Khalish dan Crew-ni RC, kami percaya usaha ini dapat menawarkan satu lagi pendekatan gaya hidup untuk memberi inspirasi kepada kaum lelaki supaya terus belajar dan berkongsi kesedaran bukan sahaja mengenai gaya hidup dan kesihatan secara umum, tetapi lebih khusus mengenai penjagaan diri dan kulit, kebersihan serta produk pelindung matahari," ulas Bella.  

Sementara itu, Khalish yang merupakan peminat tegar kecergasan berkata, dia mahu masyarakat membuka mata dan peka bagaimana sekumpulan pelari berupaya membantu membawa lebih banyak nilai positif kepada seseorang individu. 

 "Kami di Crew-ni RC berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kahf untuk acara ini kerana kami percaya bahawa penglibatan Kahf memberi pendedahan dan semangat untuk kami terus menyebarkan inspirasi antara satu sama lain supaya kekal cergas dan sihat.”

“Fokus utama aktiviti ini adalah untuk memberi tumpuan kepada semangat dan sokongan kepada satu-sama lain untuk sama-sama sampai ke garisan penamat. 

“Ini adalah suatu gambaran yang tepat untuk menunjukkan bahawa gaya hidup sihat adalah mudah, realistik dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja," ujar Khalis ketika ditemui pada acara tempoh hari.    

Selain daripada keseronokan berlari, peserta Kahfbro Run turut membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti baucar barangan sukan, produk sukan dan banyak lagi.   

Beberapa siri penglibatan dan aktiviti berasaskan komuniti dirancang untuk Kahfbro pada masa akan datang termasuklah melibatkan komuniti sukan, kegiatan luar, automotif, gaya hidup, keusahawanan, seni dan budaya serta banyak lagi.  

Sesi memanaskan badan sebelum acara larian bermula. - Gambar oleh KAHF
Sesi memanaskan badan sebelum acara larian bermula. - Gambar oleh KAHF

Berikut adalah 5 kelebihan berlari yang anda patut tahu

1) Berlari membantu menurunkan dan menjaga berat badan ideal dengan membakar lemak lebih cepat. Berlari secara rutin juga membuat tubuh mampu membakar kalori, walaupun setelah anda selesai berlari. Untuk mendapatkan manfaat ini, tak perlu berlari laju pun. Cukup pada intensiti rendah.

2) Berlari dapat mempercepatkan pembentukan sel-sel tulang baharu, sekaligus menjadikan tulang anda menjadi lebih kuat dan menurunkan risiko terkena osteoporosis.

3) Sebuah penelitian dalam British Journal of Sports Medicine menunjukkan orang yang berlari setidaknya seminggu sekali memiliki risiko lebih rendah 23% daripada kematian akibat kanser dan 27% daripada semua penyebab kematian daripada orang yang tidak berlari sama sekali.

4) Berlari merupakan salah satu senaman kardio yang memberikan manfaat kesihatan jantung dan pembuluh darah (kardiovaskular). Ketika berlari, jantung dan pembuluh darah akan mengepam oksigen bersama darah ke seluruh bahagian tubuh. 

Peredaran darah yang lancar membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) yang menyihatkan jantung. Pembuluh arteri dan jantung juga menjadi lebih kuat sehingga menurunkan risiko terkena serangan jantung.

5) Jika anda sukar melelapkan mata di malam hari atau berhadapan dengan masalah insomnia, berlari mungkin boleh menyelesaikan masalah ini. Menurut kajian di Northwestern Medicine, aktiviti berlari dapat mengurangkan dan akhirnya menyembuhkan insomnia.

Jenama Kahf, yang memasuki pasaran Malaysia pada Oktober tahun lalu dimiliki PT Paragon Technology and Innovation yang berasal dari Indonesia. Ia merupakan sebuah syarikat kecantikan terbesar di republik itu. Maklumat lanjut mengenai jenama dan rangkaian produk boleh didapati www.kahfeveryday.com/  - Getaran, 26 Mac 2023 

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

25 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

2 Anak Malaysia Harumkan Nama Negara Di Jakarta, Rangkul Naib Juara ‘Southeast Asia Final Marathon’

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Tip Pilih Tadika Terbaik Untuk Anak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Sementara Ahad Ini Untuk Larian Maraton

4

TARA 2 tahun yang lalu

Buletin Gaya Hidup Sana Sini

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini