web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PUMA Running Kembali Pada 2021

Anda kini boleh berlari dengan lebih selesa bersama sepatu PUMA Running terbaharu yang dilengkapi teknologi buih NITRO.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2021 10:08AM

Sepatu PUMA Running Deviate. Gambar: PUMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Olah. Bebaskan diri. Ubah permainan. Itulah cara PUMA beraksi dan untuk 2021 PUMA Running kembali lebih tangkas.  

Sejarah PUMA yang padat dengan hampir 75 rekod dunia serta kejuaraan telah disumbangkan oleh Abebe Bikila, Bill Rogers, Sabrina Mockenhaubt dan juga Usain Bolt. Ini menjadikan PUMA yang paling pantas sejak dahulu lagi dalam pelbagai acara larian dan kini mereka telah mengubahsuai dan memperbaiki teknologi baru untuk menghasilkan larian yang lebih mudah tanpa batasan.

Sepatu PUMA Running Deviate. Gambar: PUMA
Sepatu PUMA Running Deviate. Gambar: PUMA

Kajian yang telah dijalankan bertahun-tahun telah mengilhamkan empat gaya utama iaitu Deviate, Velocity, Liberate, serta Eternity—kesemuanya menampilkan teknologi buih canggih yang dipanggil NITRO.

“Dengan PUMA Running, kami ingin menghasilkan larian yang lebih mudah buat para pelari,” jelas Erin Longin, Pengarah Global Unit Perniagaan Larian dan Latihan di PUMA. 

“Kasut larian terbaharu kami menampilkan teknologi inovatif seperti buih NITRO, menjadikan kasut ini ringan dan mudah bertindakbalas untuk membantu pemakai menggunakan tenaga minimal namun masih dapat berlari dengan selesa untuk mencapai tujuan masing-masing.”

Keluaran terbaharu koleksi PUMA Running termasuk rekaan yang diolah khas buat pelari wanita termasuk satu koleksi terkini yang sesuai buat kaki wanita dalam keempat-empat gaya.

Sepatu PUMA Running Deviate. Gambar: PUMA
Sepatu PUMA Running Deviate. Gambar: PUMA

PUMA percaya wanita adalah masa depan larian dan atas dasar itu mereka memilih untuk bekerjasama dengan beberapa atlet wanita terunggul seperti —Molly Seidel, Gesa Krouse, Aisha Praught Leer, Fiona O’Keefe, dan Taylor Werner. 

“Semakin banyak kami kaji para pengguna kami, semakin banyak kami pelajari bahawa pelari juga sukakan perubahan idea,” kata Longin. 

“Para pelari sentiasa mahukan perubahan untuk memperbaiki diri mereka jadi kami hasilkan konsep SPARK CHANGE untuk membawa erti dan tenaga kepada semua yang kami lakukan dalam larian.”

Sepatu PUMA Running Eternity. Gambar: PUMA
Sepatu PUMA Running Eternity. Gambar: PUMA

Di samping pelancaran empat gaya baru, PUMA Running juga menyediakan cetusan untuk generasi pelari baru dan membabitkan komuniti larian dengan inisiatif bermakna. Dengan organisasi Women Win dan barisan atlet PUMA, jenama ini akan menderma kepada beberapa yayasan untuk memajukan wanita dalam bidang sukan.  

PUMA Running Spark Change Fund akan menyokong badan-badan kebajikan yang memerlukan dalam usaha mewujudkan kesaksamaan jantina dalam sukan larian.

Koleksi gaya Deviate, Velocity, Liberate, dan Eternity sudah ada di pasaran bermula 4 Februari (di Asia, dengan gaya terpilih) dan 4 Mac (di seluruh dunia) di PUMA.com, kedai-kedai PUMA, dan kedai-kedai terpilih serata dunia. 

Sepatu PUMA Running Liberate. Gambar: PUMA
Sepatu PUMA Running Liberate. Gambar: PUMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

2 Anak Malaysia Harumkan Nama Negara Di Jakarta, Rangkul Naib Juara ‘Southeast Asia Final Marathon’

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Sementara Ahad Ini Untuk Larian Maraton

3

TARA 2 tahun yang lalu

Fenty  x Puma Kini Kembali, Rihanna Lancarkan  Avanti

4

TARA 2 tahun yang lalu

‘Sneakers’ Puma Gaya Retro Dan Moden, Ambil Inspirasi Model Porsche 911

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas