web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ASN 2024: Aaron-Wooi Yik Olahragawan Kebangsaan, Nor Farah Cipta Sejarah

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2025 2:07PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2024 di sini, hari ini.

Gelaran kali kedua diraih bekas juara dunia selepas tahun 2022 itu, menyaksikan mereka mengetepikan cabaran pemain perseorangan lelaki profesional Lee Zii Jia, badang negara daripada sukan angkat berat Mohamad Aniq Kasdan, atlet wushu Wong Weng Soon dan wakil pencak silat Abdul Latif Maxzakir.

Tahun lepas, pasangan kelima dunia itu mempertahankan pingat gangsa Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut, dengan menumpaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark, 16-21, 22-20, 21-19, pada saingan Paris 2024.

Jaguh boling padang negara Nor Farah Ain Abdullah pula dinamakan sebagai Olahragawati Kebangsaan dengan mengatasi saingan Sin Li Jane (tenpin boling), Tan Cheong Min (wushu), Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (berbasikal) dan Nor Farah Mazlan (pencak silat).

Lebih manis, pemain nombor satu dunia itu, melakar sejarah menjadi atlet boling padang wanita negara pertama menggondol gelaran Olahragawati Kebangsaan.

Nama Nor Farah mencuri perhatian, selepas melakar sejarah meraih pingat emas dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands, pada April tahun lepas.

Pada majlis itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan masing-masing kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik, diwakili Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia Datuk Kenny Goh dan Nor Farah.

Aaron-Wooi Yik tidak hadir ke ASN 2024 susulan penyertaan mereka pada Terbuka Thailand 2025 yang bermula hari ini hingga Ahad.

Pencapaian mempertahankan pingat emas kategori 72 kilogram lelaki pada Sukan Paralimpik 2024 di Paris, melayakkan jaguh powerlifiting negara Bonnie Bunyau Gustin merangkul gelaran Olahragawan Paralimpik Kebangsaan buat kali ketiga selepas 2021 dan 2023, menewaskan tiga atlet sukan para olahraga iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli, Datuk Abdul Latif Romly dan Eddy Bernard (para olahraga), serta Cheah Liek Hou (para badminton).

Juara Kejohanan Dunia 2024, Hasmunirah Maliki daripada sukan para boling padang pula, meraih gelaran Olahragawati Paralimpik Kebangsaan dan menumpaskan empat calon lain iaitu dua wakil para berbasikal Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dan Nur Suraiya Muhamad Zamri, Noor Askuzaimey Mat Salim (boccia) serta Noor Imanina Idris (para olahraga).

Pasukan sepak takraw lelaki kebangsaan muncul pemenang Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan, selepas meraih kejayaan berganda mengungguli saingan double dan regu pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Skuad boling wanita pula memenangi Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan dengan membawa pulang tiga emas, dua perak dan dua gangsa pada Kejohanan Tenpin Boling Asia 2024.

Majlis turut mengiktiraf peranan serta sumbangan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam, dalam sukan seni mempertahankan diri sewaktu menerajui Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) sebelum ini.

Anugerah berprestij yang mula diperkenalkan sejak 1966 itu merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kecemerlangan sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan kebangsaan.

Berikut senarai penuh penerima pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2024:

Olahragawan Kebangsaan - Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton)

Olahragawati Kebangsaan - Nor Farah Ain Abdullah (boling padang)

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)

Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Hasmunirah Maliki (para boling padang)

Pasukan Lelaki Kebangsaan - Sepak takraw

Pasukan Wanita Kebangsaan - Tenpin boling

Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Jamil Adam (powerlifting)

Jurulatih Wanita Kebangsaan - Siti Rahmah Mohamed Nasir (pencak silat)

Anugerah Tokoh Sukan - Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam

Anugerah Kepimpinan Sukan - Sunny Si Poh Heng (Persatuan Tenpin Boling Sarawak) dan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (Persatuan Badminton Malaysia)

Anugerah Khas - Johor Motorsport Racing Team, Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, Allahyarham Datuk Hasbullah Awang, Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, Selangor Red Giants (e-sukan) - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad