web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tandatangan Palsu Tersebar, MCA Berdepan Skandal Terbaru? 

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2025 6:46PM

Belum selesai isu ‘rampasan kuasa,’ MCA kini berdepan pula skandal baharu yang lebih mengejutkan - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tatkala isu ‘rampasan kuasa’ masih menyelubungi Persatuan Kriket Malaysia (MCA), satu lagi skandal terbaru terbongkar, kali ini melibatkan perkara yang lebih serius, iaitu pemalsuan tandatangan. 

Sumber memberitahu Getaran, perkara itu disahkan Naib Presiden Persatuan Kriket Perak (PCA), M Muniandy kepadanya,  baru-baru ini. 

Jelas beliau, Muniandy yang juga Ketua Jurulatih MCA sudah membuat aduan secara rasmi berhubung perkara terbabit. 

“Berdasarkan maklumat dan pengesahan oleh Muniandy, tandatangannya dipalsukan bagi menyokong petisyen menyingkirkan barisan kepimpinan MCA sedia ada. 

“Muniandy memberitahu ada dimaklumkan mengenai petisyen berkenaan, tetapi pihak terlibat enggan memberikan dokumen tersebut kepadanya,” katanya.

Tahdatangan M Muniandy yang dipalsukan pihak tertentu - Gambar sumber
Tahdatangan M Muniandy yang dipalsukan pihak tertentu - Gambar sumber

Muniandy ketika dihubungi Getaran berkata, beliau tidak pernah menandandatangani sebarang dokumen, malah tidak tahu akan kewujudan petisyen tersebut. 

“Jika awak ada melihat sebarang dokumen yang ada tandatangan saya, do know it is fake. 

“Saya juga mahu mengesahkan bahawa tiada sebarang mesyuarat untuk exco untuk membincangkan sebarang peralihan kuasa,” tegasnya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Persatuan Kriket Sarawak, Awang Mahyan Awang Mohamed berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kewujudan sebarang gerakan untuk menyingkirkan barisan kepemimpinan MCA. 

Katanya, persatuan terbabit juga tidak pernah mengadakan mesyuarat exco bagi tujuan itu. 

“Saya amat gembira dan berpuas hati dengan prestasi MCA sekarang, khususnya sejak diberikan peluang menganjurkan salah satu perlawanan Piala Dunia Kriket Wanita U19 T20.

“Saya juga amat yakin dengan kepimpinan Presiden MCA, Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali dan percaya, sukan kriket di Malaysia mampu melangkah lebih jauh selepas ini,” katanya. 

Awang Mahyan Awang Mohamed - Gambar Utusan Sarawak
Awang Mahyan Awang Mohamed - Gambar Utusan Sarawak

Getaran sebelum ini melaporkan, MCA  berdepan cubaan ‘coup-de-tat’ yang mahu menumbangkan barisan kepimpinan sedia ada dengan menganjurkan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

Sumber memberitahu, individu terbabit sedang berusaha keras melebarkan pengaruh dan menyebarkan pelbagai tohmahan ke atas dua pimpinan tertinggi MCA, bagi memastikan mereka dapat disingkirkan. 

Mengulas isu tersebut, beberapa individu penting mewakili persatuan kriket negeri yang dihubungi Getaran tampil memberikan kenyataan berbeza. 

Naib Presiden Persatuan Kriket Terengganu, Kamarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan ada menandatangi petisyen untuk EGM MCA diadakan. 

Ketika ditanya faktor berbuat demikian, beliau berkata, langkah tersebut diambil kerana beberapa ‘masalah’ yang berlaku. 

“Ya betul, memang (saya) ada tandatangan. Memang ada lah (masalah) sikit,” katanya. 

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut atas alasan mahu menghadiri mesyuarat. 

Naib Presiden Persatuan Kriket Putrajaya, Ahmad Salman Othman pula berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai petisyen dimaksudkan. 

“I am not aware, memang tak ada sign apa-apa”, katanya ketika dihubungi.  - Getaran, 24 Februari 2025

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar