web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2024 8:22AM

Malaysia membawa pulang dua emas, dua perak dan sebutir gangsa Sukan Paralimpik Paris 2024. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS – Selepas 11 hari yang tidak dapat dilupakan penuh dengan persaingan sengit, persembahan bertaraf dunia dan paparan semangat juang yang tidak mudah luntur, Obor Paralimpik akhirnya dipadamkan malam tadi, menandakan berakhirnya Sukan Paralimpik Paris 2024 yang bersejarah. 

Stadium Stade de France yang penuh sesak dengan penonton, atlet dan para kenamaan menjadi tumpuan majlis penutup yang memukau dipenuhi dengan persembahan hebat termasuk penghormatan kepada kehidupan malam Paris mengikut irama muzik elektronik. 

Penyanyi Perancis, Santa, memulakan persembahan dengan mendendangkan lagu ikonik Johnny Hallyday, Vivre pour le Meilleu, dengan penuh bertenaga yang memberikan aura luar biasa kepada acara tersebut. 

Barisan atlet daripada 168 delegasi Paralimpik berarak dengan penuh kebanggaan dalam stadium, disambut sorakan gemuruh dari penonton dan diiringi oleh pancaragam Pengawal Republik yang menambah kemeriahan suasana dengan mempersembahkan pilihan lagu popular Perancis dan antarabangsa.

Selepas Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Andrew Parsons mengisytiharkan temasya sukan itu ditutup dengan rasmi disusuli dengan persembahan oleh lapan penari termasuk atlet kurang upaya mengikut rentak DJ Perancis, Cut Killer. 

Bendera Paralimpik kemudian diturunkan oleh pegawai Tentera Perancis sebelum diserahkan oleh Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo kepada Parsons yang menyerahkannya pula kepada Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass. 

la sebagai simbolik bandar tersebut akan menjadi tuan rumah untuk edisi Sukan Paralimpik Los Angeles 2028. Penonton 'dibawa' ke pesta maya di Venice Skate Beach Park, California, menampilkan persembahan oleh bintang antarabangsa dan pemenang Anugerah Grammy lapan kali Anderson .Paak, bersama kumpulannya yang mempersembahkan lagu hit mereka, Come Down

Obor Paralimpik kemudian memasuki stadium dalam tanglung yang dipegang oleh beberapa atlet Paralimpik Perancis termasuk bintang boccia dan pemenang pingat emas individu wanita BC1 (kecacatan fizikal), Aurelie Aubert, sebelum ia dipadamkan dengan sekali nafas.

Walaupun hujan, kemuncak majlis penutup menampilkan 23 DJ muzik elektronik d.. Jean-Michel Jarre, bapa muzik elektronik Perancis serta Kavinsky, yang meraikan kepelbagaian industri muzik elektronik Perancis yang penuh rancak. 

China muncul sebagai juara keseluruhan buat kali keenam berturut-turut dengan 94 pingat emas, 76 perak, dan 50 gangsa diikuti oleh Great Britain (49-44-31) dan Amerika Syarikat (36- 42-27). 

Malaysia, bagaimanapun, menamatkan kempen mereka dengan kekecewaan di kedudukan ke-42 apabila gagal mencapai sasaran empat pingat emas dengan membawa pulang dua emas, dua perak dan sebutir gangsa. – BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran