web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuching City Ikat Penang, Negeri Sembilan Kecundang Di Tangan PDRM FC

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2024 8:46AM

Pemain PDRM FC Bruno Junichi Suzuki Castanheira (kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukannya pada rlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING – Impian Kuching City FC untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri pada perlawanan Liga Super 2024-2025 tidak kesampaian apabila bangkit untuk mengikat Penang FC 2-2 pada aksi di Stadium Negeri di sini, semalam.

Babak pertama perlawanan berlangsung seimbang apabila dilihat saling berbalas serangan namun gagal diterjemahkan kepada sebarang bentuk gol.

Skuad Harimau Kumbang dibimbing Akmal Rizal Ahmad Rakhli terlebih dahulu memecah kebuntuan gol menerusi pemain kelahiran Brazil, Joao Ferreira de Oliviera Neto yang menyambut hantaran Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-36.

Tidak menunggu lama, Penang FC terus mempamer aksi cemerlang sebelum Rodrigo Dias mengukuhkan kedudukan pada minit ke-41.

Kuching City merencanakan kebangkitan dengan ledakan gol oleh pemain gantian Nur Shamie Iszuan Amin pada minit ke-69 yang menyambut hantaran Jimmy Raymond.

Lantunan bola oleh penjaga gol Penang FC Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman akibat menepis sepakan percuma pemain tengah Kuching City Mohamad Alif Hassan tidak disia-siakan rakan sepasukan Tchetche Kipre yang melengkapkan jaringan pada minit-79, sekali gus menyamakan kedudukan.

DI SEREMBAN, Negeri Sembilan FC (NSFC) mengalami kekalahan keenam mereka dalam kancah liga selepas tewas 1-2 kepada PDRM FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

R. Barathkumar berjaya meletakkan Skuad Jang di hadapan menerusi jaringan pada minit ke-45 berpunca daripada kesilapan kapten PDRM FC, Faith Friday yang mengeluarkan bola daripada kawasan gol namun singgah tepat ke kaki pemain itu.

Kegembiraan tuan rumah bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi meledak gol penyamaan pada minit ke-53.

Skuad Sang Saka Biru melebarkan penguasaan menerusi gol kedua dijaringkan Bruno Suzuki selepas dia berjaya menolak masuk bola lorongan daripada Fadi Mahmood Awad Salleh lima minit kemudian, menewaskan penjaga gol NSFC Muhamad Aqil Abdul Razak. – BERNAMA 
 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad