web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2024 8:21AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Sabah FC tekad untuk bangkit daripada ketinggalan empat jaringan apabila melayan Terengganu FC pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Likas di sini Sabtu ini.

Meskipun berdepan cabaran getir dan tugas berat namun ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee berkata tidak mustahil untuk pasukan itu mara ke separuh akhir apabila pemain fokus dan mengikut percaturan dirancang.

Beliau berkata perkara utama yang perlu dilakukan skuad Sang Badak itu adalah mengelak daripada dibolosi pada awal perlawanan itu dan menembusi benteng pertahanan Terengganu FC untuk mendapatkan gol awal bagi meningkatkan semangat juang pemain.

"Boleh dikatakan satu laluan yang cukup mencabar tetapi tidak mustahil. Apa yang penting kita tahu semua pemain ingin membuktikan apa yang berlaku di Terengganu sebelum ini adalah perkara yang amat sukar dan pahit diterima.

"Namun kita tetap terima dan saya pasti semua pemain mempunyai semangat kental untuk bermain lebih baik di Stadium Likas sekali gus kekal mencuba untuk memastikan kita dapat mempengaruhi keputusan untuk berpihak kepada Sabah FC," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jumaat lepas, Terengganu FC menewaskan Sabah FC 4-0 pada suku akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Going Badak, Kuala Terengganu.

Kim Swee berkata pemain utama termasuk penyerang Miguel Cifuentes dan pertahanan Gabriel Peres masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan namun beliau masih mempunyai masa untuk menilai pemain yang akan mengisi kesebelasan utama nanti.

Katanya, beliau tidak banyak melakukan perubahan posisi pemain berbanding perlawanan sebelum ini namun pendekatan kali ini adalah berlainan.

"Namun sesiapa sahaja bakal diturunkan nanti perlu menunjukkan komitmen serta semangat juang yang tinggi apa lagi beraksi di hadapan penonton di Stadium Likas.

"Kita pastikan Sabah FC harus mendapatkan keputusan yang positif Sabtu ini sekali gus mengharapkan agar semua pemain dapat memberikan kerjasama baik dalam perlawanan ini nanti," katanya. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

3

Sukan 2 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad