web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2024 8:21AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Pemain kebangsaan dan tonggak utama Selangor FC (SFC) Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim mula menjalani fisioterapi yang lebih intensif bagi memulihkan fungsi pergerakan tangan kirinya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC Dr Johan Kamal Hamidon berkata pemain sayap itu memulakan sesi intensif tersebut sejak beberapa hari lepas.

"Insya-Allah pada minggu hadapan, beliau juga akan mula membuat latihan larian bagi mendapatkan semula kecergasannya.

"Namun, latihan yang akan dilakukan Faisal hanya melibatkan rutin ringan memandangkan beliau masih dalam proses pemulihan," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan Tabung Solidariti kepada Selangor FC di sini semalam.

Beliau berkata proses pemulihan anak kelahiran Pulau Pinang itu juga berjalan lancar dan menunjukkan perkembangan yang positif.

Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian badan.

Sementara itu, Johan berkata pihaknya masih menunggu perkembangan terkini siasatan kes berkenaan daripada pihak polis. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Pembedahan Ke-4 Faisal Halim Tunjuk Hasil Positif

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Suspek Kes Simbah Asid Pada Faisal Halim Ditahan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad