Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Djokovic cemas, Nadal selesa, Gauff Layak Ke Suku Akhir Buat Kali Pertama

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 9:38AM

Gauff meraikan kejayaan beliau mengalahkan lawan untuk layak ke pusingan suku akhir Terbuka Perancis. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Novak Djokovic terselamat dari tersingkir daripada Terbuka Perancis manakala Rafael Nadal pula cemerlang menundukkan lawannya di mana kedua-dua jaguh Grand Slam itu layak ke pusingan suku akhir buat kali ke 15.  

Djokovic kekal dalam usaha beliau untuk menjadi pemain lelaki pertama dalam 50 tahun yang memenangi keempat-empat Grand Slam dua kali, tetapi dia terpaksa bangkit kembali daripada ketinggalan dua set menentang pemain Itali Lorenzo Musetti yang berusia 19 tahun.

Nadal, juara 13 kali dan sedang berusaha memenangi Major ke 21nya, merangkul kemenangan ke-104nya dengan mengalahkan seorang lagi pemain muda dari Itali Jannik Sinner dalam straight sets.

Manakala, dalam kategori wanita, Coco Gauff, Barbora Krejcikova dan Maria Sakkari layak ke pusingan suku akhir Grand Slam pertama mereka, juara bertahan Iga Swiatek pula selesa menundukkan lawannya.

Musetti, pemain di kedudukan ke-76 dunia dan membuat penampilan pertamanya di Grand Slam, hampir menyingkirkan Djokovic pada pusingan terawal di Paris sejak 2009 bila beliau menang dua set pertama 7-6 (9-7), 7-6 (7-2).

Tetapi Djokovic kemudian menyamakan kedudukan 6-1, 6-0 sebelum Musetti menarik diri 0-4 dalam set kelima kerana kejang otot dan mengalami kecederaan belakang.

Pilihan ketiga kejohanan Nadal menang dalam straight sets ke atas Diego Schwartzman dari Argentina 7-5, 6-3, 6-0.

Gauff menunjukkan aksi mengagumkan dengan menundukkan pemain Tunisia Ons Jabeur 6-3, 6-1 dalam masa 53 minit.

Di usia 17 tahun, beliau wanita paling muda melayakkan diri ke pusingan suku akhir kejohanan Grand Slam sejak Nicole Vaidisova di Terbuka Perancis 2016.

Dalam satu persembahan yang tenang di gelanggang Philippe Chatrier, remaja dari Amerika Syarikat (AS) itu yang juga pilihan ke 24 kejohanan, mematahkan servis lawannya tiga kali.

“Saya sangat gembira dapat layak ke suku akhir Grand Slam pertama saya. Saya bermain dengan baik hari ini,” kata Gauff.

Gauf, yang masyhur apabila layak ke pusingan keempat Wimbeldon pada 2019 di usia 15 tahun, berdepan dengan Krejcikova untuk slot ke pusingan separuh akhir.

Pemain Republik Czech itu juga layak ke suku akhir Grand Slam pertamanya dengan mengalahkan bekas juara Terbuka AS Sloane Stephens 6-2, 6-0.

Tetapi Krejcikova memberi tahu yang beliau hampir tidak turun ke gelanggang.

“Setengah jam sebelum perlawanan bermula, saya mengunci diri dalam bilik persalinan dan terpaksa bercakap dengan ahli psikologi saya. Saya sebenarnya menangis,” kata pemain berusia 25 tahun itu. - AFP

Keputusan lain:

Maria Sakkari mengalahkan Sofia Kenin 6-1, 6-3

Iga Swiatek mengalahkan Marta Kostyuk 6-3, 6-4

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Cabaran Beregu Campuran Negara Di Terbuka Malaysia Berakhir Di Suku Akhir

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Djokovic Mungkin Terlepas Peluang Sertai Kejohanan Indian Wells Dan Miami Open Masters

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Maghribi Mara Ke Suku Akhir Piala Dunia

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jurulatih Indonesia Mohon Maaf Label Beregu Wanita Malaysia ‘Hitam Putih’

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Sukan 22 jam yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Semasa 15 jam yang lalu

Berita Baik Untuk Penjawat Awam 1 Mei Nanti?

oleh Fida Ruzki

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

Semasa 24 minit yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar