web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kematian Pemain China: BWF Semak Semula Protokol Tindak Balas Kecemasan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2024 8:16AM

Zhang Zhi Jie rebah di gelanggang semasa menentang pemain Jepun Kazuma pada perlawanan peringkat kumpulan di Among Rogo Sport Arena. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyemak semula protokol tindak balas kecemasannya susulan kematian pemain muda China,  Zhang Zhi Jie, selepas rebah di gelanggang semasa Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, Ahad lepas.

BWF dalam kenyataan hari ini memaklumkan telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengkaji semula insiden itu secara menyeluruh dan akan memutuskan sama ada aspek tertentu dalam garis panduan berkenaan perlu diubah.

Menyifatkan kematian Zhang sebagai kejadian tragik, menurut BWF pihaknya sedang menunggu laporan rasmi daripada Badminton Asia dan Jawatankuasa Penganjur Tempatan untuk menilai sama ada prosedur perubatan yang betul telah dipatuhi dalam memberikan bantuan kepada pemain berusia 17 tahun itu ketika dia rebah di gelanggang.

Walaupun kejohanan itu di bawah bidang kuasa Badminton Asia, BWF memaklumkan terdapat satu garis panduan perubatan dan arahan umum untuk digunakan oleh badan pentadbiran lain sukan itu (peringkat serantau atau kebangsaan) yang menganjurkan kejohanan yang dibenarkan BWF.

Menurut garis panduan itu doktor kejohanan di bawah arahan pengadil, bertanggungjawab mengendalikan kecemasan dalam gelanggang termasuk kemungkinan kes serangan jantung hingga perkhidmatan perubatan yang sewajarnya, seperti ketibaan ambulans.

"Bagaimanapun, terpulang kepada setiap badan pentadbiran terlibat untuk memutuskan cara ia melaksanakan protokol dan amalan perubatan di tempat kejohanan. Apabila melaksanakan garis panduan ini, ditekankan bahawa semua petugas perlu bersedia sepanjang masa untuk bertindak balas terhadap keperluan intervensi perubatan termasuk kecemasan secepat mungkin.

"Semakan sedia ada yang dimulakan awal tahun ini untuk menilai dasar dan prosedur BWF mengenai intervensi kecemasan oleh doktor kejohanan bagi memastikan penjagaan paling sesuai dan tepat pada masanya, akan memasukkan sekali hasil penilaian BWF dan laporan Badminton Asia," menurut kenyataan itu.

BWF turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Zhang, rakan sepasukannya, Persatuan Badminton China dan seluruh komuniti badminton negara itu.

Zhang, pemain perseorangan lelaki, rebah di gelanggang semasa menentang pemain Jepun Kazuma pada perlawanan peringkat kumpulan di Among Rogo Sport Arena.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan oleh Badminton Asia dan Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) susulan insiden itu, mereka memaklumkan Zhang meninggal dunia pada 11.20 (waktu tempatan), Ahad lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Peluang Aaron-Woii Yik Tamat Kemarau Gelaran Sulung Jelajah Dunia

3

Sukan 3 tahun yang lalu

KBS Percaya BWF Ada Sebab Kukuh Beri Pengiktirafan Kepada Chong Wei

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Hall Of Fame: Chong Wei Minta Taufik Hubungi BWF

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad