web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2024 12:27PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim. – Gambar Instagram hrhcrownprinceofjohor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meringankan hukuman ke atas Selangor FC turut meraih perhatian pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran di Instastory, baginda yang juga Pemangku Sultan Johor membidas keputusan MFL hanya kerana berdepan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Jelas Tunku Ismail, tindakan MFL itu mewujudkan suasana tidak sihat dan memberi contoh tidak baik dalam industri bola sepak.

"Selepas ini yang mana kelab tidak membayar gaji, tarik diri sesuka hati, melanggar undang-undang liga, suruh Sultan tulis surat murka sahaja senang.

"Pasukan setiap negeri yang buat salah semua boleh suruh MFL tarik balik hukuman dengan mohon jasa Tuanku Sultan masing-masing keluarkan surat. Selepas ni Tuanku Sultan yang lain juga akan bertanya, kenapa Selangor boleh dikurangkan hukuman dan negeri kami tidak boleh?" katanya.

Baginda turut membidas tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Tegas Tunku Ismail, JDT pernah didenda beratus ribu dan baginda sendiri pernah dijatuhkan sekatan selama enam bulan pada 2013.

“Tapi tidak ada pun Tuanku Sultan Johor keluarkan surat atau buat kenyataan. Siap mengungkit beri pingat Datuk. MFL buat 'U-Turn' tanpa surat rayuan. Yang memekak hentam MFL baik puji MFL sekarang.

"Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda Tokong sebenar bola sepak Malaysia," kata baginda, sinis.

Sebelum ini  MFL memutuskan untuk mengurangkan hukuman terhadap SFC kerana tidak hadir pada perlawanan Piala Sumbangsih di Johor pada 10 Mei lepas.

MFL berkata ahli Lembaga pengarah “menggunakan budi bicara” untuk membuat keputusan itu sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut MFL, denda terhadap Selangor FC dikurangkan daripada RM100,000 kepada RM60,000 manakala pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 turut dibatalkan. - Getaran, 28 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Hentikan Segera Isu Penternakan Babi’, Pendirian Sultan Selangor Kekal

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Sultan Selangor Rasmi Galeri Royal Selangor 

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Selepas 24 Tahun Dipenjara, Banduan Terima Perkenan Menghadap Sultan Selangor

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad