web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Rasmi Galeri Royal Selangor 

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2026 8:54PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Galeri Royal Selangor yang terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS), di Jalan Raja, di sini.

Keberangkatan baginda pada 3 petang disambut oleh Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan Pengarah Urusan Royal Selangor Datuk Yong Yoon Li.

Sementara itu, Yoon Li dalam ucapan berkata galerı seluas 8,000 kaki persegi itu memaparkan perjalanan jenama Royal Selangor sejak 1850-an serta sejarah keluarga yang menyumbang kepada kemajuan Kuala Lumpur.

"Apabila pelawat mengunjungi galeri itu, mereka berpeluang menyaksikan pameran yang menghubungkan era penting yang mewarnai perkembangan bandar raya kita," katanya ketika berucap pada majlis perasmian galeri itu, di sini hari ini.

Beliau berkata, kafe di galeri itu menghadap padang yang penuh dengan sejarah, atau Dataran Merdeka, lokasi yang terkenal dengan peristiwa pada 1957 apabila bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaysia (kini Jalur Gemilang) dikibarkan.

Yoon Li berkata pameran itu umpama sebagai saksi kepada sejarah, mencerminkan pertembungan pengaruh Eropah dan Asia.

"Pengunjung berpeluang menyaksikan bagaimana status Royal Selangor sebagai pengilang piuter diraja, yang diperoleh pada 1979, mengukuhkan ikatan kepercayaan dan kecemerlangan bersama Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah," kata Yoon Li.

Galeri itu turut menampilkan replika mercu tanda ikonik pembinaan negara, mengingatkan pengunjung bahawa Royal Selangor berkait rapat dengan evolusi ekonomi dan sosial Malaysia.

Galeri ini juga menampilkan kafe Royal Selangor, membolehkan pengunjung menikmati pemandangan sambil menyaksikan pembuatan piuter yang mencerminkan warisan ekonomi, kreativiti dan semangat keusahawanan di Kuala Lumpur, yang berakar umbi daripada sejarah perlombongan timah di bandar raya ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Hentikan Segera Isu Penternakan Babi’, Pendirian Sultan Selangor Kekal

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Selepas 24 Tahun Dipenjara, Banduan Terima Perkenan Menghadap Sultan Selangor

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

4

Sukan 2 tahun yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 22 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad