web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘I Am Nicol David’ Biopik Ceritakan Kejayaan Ratu Skuasy

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 7:18AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selaku bintang sukan tersohor negara, kisah Datuk Nicol David akan difilemkan dalam satu biopik berjudul “I am Nicol David”.

Juara dunia lapan kali itu membuat pengumuman itu di laman media sosialnya malam ini, yang menjadikan pengikutnya teruja.

“Saya selalu mengimpikan satu hari nanti untuk menceritakan kisah saya dan mampu memberi inspirasi kepada setiap orang untuk bekerja keras mencapai apa yang mereka mahukan dan sentiasa mencabar diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

“Saya sungguh bertuah saya berpeluang bekerjasama dengan ACE Pictures yang berkongsi perasaan ini dan saya tidak sabar-sabar untuk memulakannya!

“Ia satu perjalanan yang panjang dan saya teruja untuk mengharapkan sokongan anda dalam melaluinya,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Memegang rekod menjadi pemain No 1 dunia selama 108 bulan berturut-turut dan kedudukan 10 teratas selama 151 bulan, Nicol memenangi  81 gelaran Juara Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) dalam kerjaya profesionalnya selama hampir 20 tahun.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu adalah atlet Sukan Asia paling berjaya dengan meraih tujuh pingat emas secara keseluruhan.

Beliau juga dimahkotakan sebagai Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia, Februari tahun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Skuasy: Malaysia Sapu Bersih Gelaran Juara Berpasukan Asia

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Wee Wern Ucap Selamat Tinggal Kepada Sukan Skuasy

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad