web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala FA: JDT Laung Amaran, Sabah Berpesta Gol Di Likas

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2024 8:14AM

Pemain JDT, Oscar Padero Arribas (tengah) mengasak pemain Kelantan Darul Naim FC Muhammad Nasrol Amir Kamarul Azhar (kiri) pada perlawanan Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) melaungkan amaran dalam misi mempertahankan gelaran selepas menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 4-0 pada perlawanan pusingan pertama Piala FA 2024/2025 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam tadi.

Skuad Harimau Selatan itu akan berdepan pasukan semi-pro Liga Al, Malaysian University yang mengejutkan PDRM 3-0 Rabu lepas, pada peringkat suku akhir yang dijadual bermula hujung bulan ini.

Pada aksi malam tadi, JDT terpaksa menunggu sehingga ke penghujung separuh masa pertama untuk membuka tirai jaringan menerusi tandukan penyerang import sensasi Fernando Forestieri yang menerima hantaran daripada Murilo Henrique pada minit ke-44.

Pasukan tuan rumah kendalian Hector Bidoglio menambah jaringan pada minit ke-61 selepas penyerang gantian Romel Morales berjaya menyambar bola muntah tampanan KDN Mohd Muhaimin Mohamad selepas penjaga gol itu bertindak cemerlang menyelamatkan penalti diambil Juan Muniz.

Percaturan Bidoglio terus tampak berhasil apabila seorang lagi pemain gantian Francisco Geraldes mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-81 sebelum pemain sayap sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi melengkapkan kejayaan JDT menerusi penalti pada masa tambahan babak kedua

JDT berpeluang merangkul gelaran Piala FA keempat selepas memenanginya pada musim 2016, 2022 dan 2023 sementara Johor FA pernah muncul juara pada 1998.

DI KOTA KINABALU, pasukan tuan rumah Sabah FC menempah tiket ke suku akhir dengan bergaya selepas berpesta gol membelasah pasukan Liga Al Kuala Lumpur (KL) Rovers 7-0 pada satu lagi aksi pusingan pertama di Stadium Likas.

Penyerang import skuad Sang Badak Ramon Machado paling mencuri tumpuan apabila menjaringkan hatrik selepas meledak gol masing-masing pada minit ke-28, 45 dan minit ke- 59.

Empat lagi gol skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu masing-masing dijaringkan Saddil Ramdani pada minit ke-17, Park Tae-su (51'), Jafri Firdaus Chew 73') dan jaringan sendiri Raffli Nagoorgani pada masa tambahan babak kedua.

Menanti Sabah yang merangkul gelaran tunggal Piala FA pada 1995 di pusingan lapan terbaik ialah juara dua kali Terengganu FC. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Kemahiran Individu Dan Benteng Pertahanan Kunci Kejayaan JDT, Kata Jurulatih

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kim Pan Gon Tinggalkan Harimau Malaya

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad