web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2024 5:28PM

Pembatalan perjanjian tajaan antara TFC dan XFOX dibuat demi keharmonian bersama - Gambar TFC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dikecam kerana menerima tajaan sebuah syarikat kontroversi, XFOX Market Holdings Sdn Bhd, Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFC) akhirnya bertindak membatalkan perjanjian tajaan, atas persetujuan bersama.

Jurucakap TFC berkata, pasukan berkenaan diselubungi suasana ‘kurang sihat’ sebaik sahaja berita perjanjian tajaan itu tular di media sosial.

Menurut beliau, senario itu sedikit sebanyak menjejaskan keharmonian kelab.

“TFC bersedia untuk bekerjasama dengan pihak XFOX setelah melihat dan menyaksikan sendiri operasi perjalanan syarikat khususnya XFOX Arena di Subang Bestari yang menyediakan Padang Bolasepak Sintetik.

“Ia dilihat bersesuaian dengan perjalanan Terengganu FC sebagai sebuah kelab bolasepak. Bagaimanapun, kerjasama ini dipandang dari sudut yang berbeza oleh pelbagai pihak,” katanya.

Jelas jurucakap itu, pengurusan kelab demi keharmonian bersama dan mengambil kira suara penyokong yang merupakan tulang belakang pasukan telah melakukan perbincangan dengan pihak XFOX untuk mencari penyelesaian terbaik.

“Pembubaran perjanjian penajaan ini lebih kepada melihat aspek keharmonian kelab untuk mengharungi pelbagai lagi cabaran mendatang. 

“Pihak Terengganu FC juga akan memulangkan kembali bayaran penajaan pihak syarikat penaja sebanyak RM1.5 juta yang telah selesai dilunaskan,” katanya.

Tajaan XFOX ke atas TFC telah menerima kecaman ramai - Gambar fail
Tajaan XFOX ke atas TFC telah menerima kecaman ramai - Gambar fail

Getaran hari ini melaporkan kenyataan Perunding Kewangan Syariah, Dr Abdul Rahman A Syukor yang terkejut apabila mendapat tahu TFC menerima tajaan XFOX.

Katanya, XFOX membuka dana pelaburan dan menerima dana daripada orang ramai, yang jelas menyalahi undang-undang kerana syarikat terbabit tidak mempunyai lesen di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti (SC).

“Pada 14 Jun 2023, BNM telah senaraikan XFOX di dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Kebiasaannya apabila sebuah syarikat disenaraikan dalam senarai ini, ia menunjukkan syarikat itu mempunyai masalah dari segi undang-undang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap TFC berkata, pasukan itu akan terus berusaha untuk mendapatkan penaja bagi AFF Shopee Cup 2024.

“Semoga dengan keputusan ini (membatalkan perjanjian penajaan) akan memberikan keharmonian buat Terengganu FC, XFOX Market Holdings Sdn Bhd dan semua penyokong kelab,” katanya. - Getaran, 11 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad