web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rexy Bimbang Dengan Prestasi Semasa Aaron-Wooi Yik

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2024 8:37AM

Soh Wooi Yik (kiri) dan Aaron Chia - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky jelas berasa bimbang dengan aksi goyah beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.

Rexy mengakui tidak dapat menyembunyikan perasaan tersebut, lebih-lebih lagi selepas Aaron-Wooi Yik mempamerkan permainan hambar dan tersingkir buat kali kedua berturut-turut di peringkat suku akhir dalam tempoh seminggu, kali ini pada Terbuka Singapura 2024, kelmarin.

Juara beregu lelaki dunia 2022 itu ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan keempat dunia dari Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 10-21, 14-21, pada saingan Jelajah Dunia bertaraf Super 750 berlangsung di Stadium Tertutup Singapura.

"Pergerakan Aaron-Wooi Yik dan pukulan balas mereka pada perlawanan semalam, seolah-olan tidak tentu arah," katanya ketika dihubungi Bernama.

Minggu lepas, pasangan yang diletakkan sebagai pilihan utama Masters Malaysia 2024, menghampakan peminat di tanah air selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada gandingan bukan pilihan dari Korea Selatan Jin Yong-Na Sung Seung, 21-11, 19-21, 19-21 di suku akhir.

Justeru, pakar beregu dari Indonesia itu menuntut pasangan kelima dunia untuk melupakan kekecewaan pada dua kejohanan sebelum ini dan terus percaya kepada diri mereka bagi menghadapi Terbuka Indonesia 2024, minggu depan.

Naib juara All England 2024 itu bakal membuka kempen Terbuka Indonesia 2024 menentang pasangan Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Joshua Yuan.

Terbuka Indonesia 2024 yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta bermula 4 hingga 9 Jun ini merupakan saingan terakhir bakal ditempuhi Aaron-Wooi Yik, sebelum menggalas tugas negara beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Sukan Olimpik 2024 dijadual dibuka secara rasmi pada 26 Julai dan berakhir 11 Ogos.

Aaron-Wooi Yik, merangkul gangsa Sukan Olimpik sewaktu membuat penampilan sulung pada edisi 2020 di Tokyo, dengan bangkit dari ketinggalan menumbangkan juara beregu lelaki dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17, 21-14. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad