web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sergio Perez Juara GP Azerbaijan Yang Penuh Insiden

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 11:30PM

Perez mencium trofi juara GP Azerbaijan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAKU - Pemandu Red Bull Sergio Perez menang perlumbaan GP Azerbaijan yang kelam-kabut di mana pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1) Max Verstappen dan Lewis Hamilton gagal memungut mata.

Sebastian Vettel (Aston Martin) dan Pierre Gasly (AlphaTauri) melengkapkan podium.

Verstappen kemalangan dengan tinggal lima lagi pusingan semasa mendahului perlumbaan.

Hamilton pula terbabas apabila tayarnya terkunci selepas perlumbaan dimulakan semula.

Drama di litar ‘street’ Baku itu bermaksud Verstappen masih lagi mendahului Hamilton dengan empat mata di puncak carta kejuaraan dunia.

Ini adalah kemenangan pertama Perez sejak menyertai Red Bull.

Beliau berkata: “Saya sangat gembira. Biasanya Baku litar yang ‘gila’ tetapi saya bersimpati dengan Max.

“Dia berhak untuk menang hari ini dan ia memberi manfaat yang baik kepada pasukan ini jika menamatkan perlumbaan di posisi satu dan dua, tetapi kemenangan ini satu keputusan yang hebat.

Perez mewarisi posisi pendahulu perlumbaan apabila tayar belakan belah kiri Verstappen meletup dan menyebabkan beliau terbabas dan melanggar dinding keselamatan.

Sebelum itu pemandu dari Belanda itu sedang menghala kepada kemenangan keduanya berturut-turut dan yang ketiga musim ini.

Insiden itu menyebabkan perlumbaan diberhentikan selama lebih daripada setengah jam untuk membersihkan serpihan daripada kereta Verstappen yang bertaburan di atas trek.

Perlumbaan dimulakan semula dengan tinggal dua pusingan.

Hamilton kelihatan seperti dapat mendahului Perez tetapi terbabas di selekoh pertama dan membuka ruang untuk Perez mengecapi kemenangan yang tidak disangka.

Charles Leclerc, bermula di petak depan, menamatkan perlumbaan di tangga kelima. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Grand Prix F1 Singapura 2022 Catat Rekod Penonton Paling Ramai - Penganjur Perlumbaan

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Hamilton Rindukan Perlumbaan Sukar Di Litar Sepang

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad