web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pan Gon Hilang 3 Tonggak Utama Menjelang Pertemuan Dengan Kyrgyzstan, Taiwan

Sukan Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2024 8:58AM

Kim Pan Gon - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya Kim Pan Gon berdepan tugas sukar apabila kehilangan tiga tonggak utama menjelang baki dua perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, bulan depan.

Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan menyebut ketiga-tiga mereka bersama seorang lagi pemain pertahanan kiri, Muhammad Azam Azmi Murad terpaksa diketepikan daripada dipanggil ke kem latihan pusat pasukan bermula Isnin depan kerana masalah kecederaan.

Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim dilaporkan terpaksa berehat panjang susulan kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lepas.

Pada masa sama penyerang pinjaman Kedah Darul Aman FC Syafiq Ahmad bersama pemain tengah pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT) Muhamad Feroz Baharudin kembali dipanggil ke kem kebangsaan.

Mereka antara lapan pemain baharu disenaraikan Pan Gon yang mengekalkan 16 daripada 24 pemain dari skuad terdahulu bagi dua aksi kumpulan menentang Oman, Mac lepas.

Dalam pada itu pertahanan kiri Penang FC Muhammad Adib Abdul Ra'op berpeluang membuat debut antarabangsa apabila turut dipanggil ke kem latihan pusat manakala pemain tengah kacukan Malaysia-Finland Nooa Laine menjadi pemain tunggal Selangor FC yang memperkuatkan pasukan negara kali ini.

Sementara itu FAM turut mengesahkan 22 pemain lagi diletakkan dalam senarai bersedia.

Selepas empat perlawanan, Malaysia yang berada di posisi ketiga Kumpulan D dengan enam mata akan menentang Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek pada 6 Jun sebelum bertemu Taiwan pada aksi terakhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini pada 11 Jun.

Kyrgyzstan kini menerajui saingan Kumpulan D dilkuti Oman di tempat kedua dengan masing-masing mengumpul sembilan mata.

Kedua-dua pasukan itu akan bertemu dalam perlawanan terakhir kumpulan pada 11 Jun, sementara Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

Pasukan negara memerlukan tiga mata dalam kedua-dua perlawanan terakhir sambil mengharapkan Oman menumpaskan Kyrgyzstan untuk mencerahkan peluang mencipta sejarah layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 serta melayakkan diri lebih awal ke Piala Asia 2027.

Berikut 26 pemain yang dipanggil Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin depan:

1. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed - JDT

2. Matthew Davies - JDT

3. Muhamad Feroz Baharudin - JDT

4. Shahrul Mohd Saad - JDT

5. La'vere Lawrence Corbin-ong - JDT

6. Endrick Dos Santos - JDT

7. Muhammad Azri Ab Ghani - Kuala Lumpur City FC

8. Declan Lambert - Kuala Lumpur City FC

9. Brendan Gan - Kuala Lumpur City FC

10. Paulo Josue - Kuala Lumpur City FC

11. Muhammad Hagimi Azim Rosti - Kuala Lumpur City FC

12. Dominic Tan - Sabah FC

13. Daniel Ting - Sabah FC

14. Stuart Wilkin - Sabah FC

15. Darren Lok - Sabah FC

16. Muhammad Safawi Rasid - Terengganu FC

17. Muhammad Akhyar Abdul Rashid - Terengganu FC

18. Safwan Mazlan - Terengganu FC

19. Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob - Terengganu FC

20. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman - Penang FC

21. Mohamed Syamer Kutty Abba - Penang FC

22. Muhammad Adib Abdul Ra'op - Penang FC

23. Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi - Kedah Darul Aman FC

24. Muhammad Syafiq Ahmad - Kedah Darul  Aman FC

25. Nooa Hamzah Laine - Selangor FC

26. Dion Cools - Buriram United - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 14 jam yang lalu

Euro 2024: Sepanyol Atasi Crotia, Itali Tewaskan Albania

2

Sukan 4 hari yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

3

Sukan 5 hari yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Terbuka Indonesia: 2 Beregu Negara Ke Separuh Akhir, Zi Jia Kandas

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

Luar Negara 10 jam yang lalu

Arab Saudi Catat Kehadiran 1.8 Juta Jemaah Haji Seluruh Dunia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PM Luang Masa Ziarah Jenazah Ibu Fadhlina