web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 9:22PM

Pakar psikologi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Frederick Tan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber yang akan berlangsung pada 27 April hingga 5 Mei ini di Chengdu, China.

Perkara itu dikongsikan pakar psikologi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Frederick Tan, hasil pemantauan beliau ke atas pemain sepanjang kem latihan pusat di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini yang bermula Rabu lepas.

Beliau yang sentiasa bersama pemain ketika latihan, turut memaklumkan akan menganjurkan suatu sesi malam ini bersama-sama mereka. 

Sesi yang dijangka berlangsung selama kira-kira 45 minit itu disifatkan beliau sebagai sesi latihan paling penting untuk meningkatkan semangat wakil negara bagi menghadapi kejohanan berprestijitu.

"Kami mula pada Rabu, jadi pada saya pembinaan pasukan (team building) untuk para pemain ini sangat baik. 

"Terutamanya sekarang, mereka sedang ke arah bersatu sebagai satu pasukan, satu keluarga dan satu matlamat untuk menjayakan misi Piala Thomas dan Uber," katanya kepada pemberita di ABM di sini hari ini.

Frederick berkata, sesi malam ini sangat penting untuk membimbing pemain agar sampai ke tahap kemuncak kesepaduan pasukan dan beliau yakin hal itu dapat dicapai menerusi aktiviti khas yang akan diadakannya malam ini.

Beliau berkata, pihaknya bersedia memberikan segala sokongan yang diperlukan pemain berpandukan cadangan barisan kejurulatihan, diketuai Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky.

BAM menyenaraikan Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Cheam June Wei, Justin Hoh, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian bagi membawa cabaran negara ke Piala Thomas 2024, yang diundi dalam Kumpulan D bersama jaguh Eropah yang juga juara 2016 Denmark, Hong Kong dan Algeria. 

Bagi saingan Piala Uber 2024, skuad terdiri daripada Goh Jin Wei, K. Letshanaa, Siti Nurshuhaini Azman, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi, Go Pei Kee, Tan Zhing Yi, Ho Le Ee dan Chan Wen Tse, bakal berdepan tugas berat apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Taiwan dan Australia. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad