web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 Diadakan 10 Mei

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2024 1:20PM

Gambar - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan naib juara Selangor FC pada 10 Mei.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memaklumkan perlawanan pembuka tirai itu, akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor dan disusuli dengan saingan Liga Super 2024/2025 pada hari berikutnya.

Pemenang pada perlawanan berkenaan dalam masa sama akan meraih tiga mata, yang turut dikira dalam kedudukan carta Liga Super musim baharu itu.

MFL dalam pada itu mengumumkan jadual perlawanan minggu pertama sehingga minggu ke-13 (LS1-LS13) melibatkan perlawanan 13 kelab yang akan bertanding dalam Liga Super 2024/2025 menerusi satu pautan di laman sesawang rasminya.

"Bagaimanapun sekiranya badan bebas, First Instance Body (FIB) memutuskan hanya 12 kelab sahaja yang layak bertanding di dalam Liga-M musim ini, MFL akan mengemas kini semula kalendar dan jadual pertandingan Liga-M yang lengkap untuk semusim," menurut kenyataan itu.

MFL dalam masa sama menjelaskan penyediaan kalendar Liga-M musim baharu telah mengambil kira pelbagai aspek, antaranya kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2023 melibatkan latihan pasukan kebangsaan (kelayakan Piala Dunia 2026), Liga Juara-juara AFC Elit (ACLE) dan Liga Juara-juara AFC 2 (ACL2).

Kejohanan Piala FA pula bakal berlangsung pada 13
Jun sehingga aksi final pada 24 Ogos.

Menurut kenyataan itu, format pertandingan Piala FA 2024 akan dimaklumkan selepas pengesahan oleh FIB, berkenaan jumlah kelab yang akan bertanding di dalam Liga-M termasuk bagi Piala Malaysia dan Piala Cabaran MFL.

Manakala jadual dan format pertandingan Piala MFL akan dimaklumkan dalam masa terdekat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar