web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekal Tenang Jadi Ramuan Kejayaan Sivasangari

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 8:37AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekal tenang ketika berdepan cabaran getir menjadi ramuan kejayaan luar biasa pemain skuasy negara S. Sivasangari yang muncul juara edisi sulung Kejohanan Skuasy Klasik London, Isnin lepas.

Pemain ranking ke-13 dunia itu menggegarkan sukan skuasy apabila menyingkirkan pemain ranking kedua dunia Hania El Hammamy dari Mesir 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 pada aksi final di Alexandra Palace, London.

Juara Sukan Asia 2022 itu mengaitkan kejayaan menjuarai Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) bertaraf emas tersebut dengan sikap tenang serta 'menikmati permainan' tanpa tunduk kepada tekanan. 

"Saya rasa saya bermain skuasy terbaik apabila saya tenang, jadi saya harap dapat meneruskan prestasi dan mentaliti ini dalam kejohanan akan datang.

"Saya selalu ingin mencabar pemain-pemain terbaik dunia dan cuba mengalahkan mereka, jadi untuk melakukannya dalam kejohanan ini sememangnya mengagumkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada kejohanan itu Sivasangari menyingkirkan pemain nombor satu dunia Nour El Sherbini dari Mesir 11-9, 11-9 di peringkat suku akhir sebelum mencipta satu lagi kejutan menewaskan pemain ranking keempat dunia Nele Gilis 10-12,11-7, 11-8, 10-12, 11-9 pada aksi separuh akhir.

Kejayaan itu membolehkan Sivasangari membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$17,598 (RM83,141). 

Pencapaian luar biasa pada Kejohanan Skuasy Klasik London itu menjadikan Sivasangari sebagai pemain Malaysia pertama meraih gelaran juara Jelajah Dunia PSA bertaraf emas sejak kemenangan legenda skuasy negara Datuk Nicol David dalam Kejohanan Terbuka Hong Kong 2015.

Menurut Sivasangari kejayaan itu meningkatkan keyakinannya untuk menjadi pemain terbaik dunia serta mencapai matlamat utama menyumbang pingat emas buat negara pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.

Atlet kelahiran Kedah berusia 25 tahun itu berjanji terus berusaha menggapai lebih banyak kejayaan pada masa depan dan menyasarkan menembusi kelompok 10 terbaik dunia menjelang akhir musim. 

Ditanya bagaimana beliau mengekalkan motivasi selepas terbabit dalam kemalangan yang mengancam nyawa pada Jun 2022, Sivasangari berkata, beliau membuat banyak pengorbanan untuk pulih daripada kejadian itu dan kembali melakukan apa yang diminati.

"Saya bermain skuasy sejak saya berusia lapan tahun dan melakukan banyak pengorbanan sejak itu.

"Kemalangan kereta itu sememangnya memberi kesan dari segi mental tetapi hari demi hari, saya cuba melakukan segala yang saya boleh untuk berada di tahap ini," katanya.

Akibat kecederaan teruk di bahagian kepala ekoran kemalangan itu, Sivasangari terpaksa berehat daripada sukan berkenaan lebih enam bulan sekali gus terlepas aksi Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England sebelum kembali ke gelanggang pada Januari tahun lepas.

Sivasangari yang kini sedang bercuti di Sepanyol bakal beraksi di kejohanan Skuasy Terbuka Antarabangsa EI Gouna dari 19 hingga 26 April, diikuti Kejohanan Dunia PSA 2023-2024 dari 9 hingga 17 Mei, kedua-duanya berlangsung di Kaherah. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran