web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harimau Malaya Dimalukan UAE 0-4

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 8:13AM

Malaysia mencatatkan keputusan memalukan apabila tewas 0-4 kepada UAE pada aksi Kumpulan G pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai, awal pagi tadi. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kunjungan skuad kebangsaan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekali lagi berakhir dengan keputusan memalukan, selepas tewas 0-4 kepada pasukan tuan rumah pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai, awal pagi ini.

Gandingan penyerang prolifik Ali Mabkhout dan Fabio De Lima, masing-masing meledak dua gol untuk melengkapkan kejayaan UAE di Stadium Zabeel, Dubai, sekali gus melakar kemenangan kedua skuad ‘The Whites’ itu ke atas skuad kebangsaan, dalam saingan kempen kelayakan itu.

Pada aksi tersebut, Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe bukan sahaja melihat skuad Harimau Malaya terbaiknya yang dibarisi pemain naturalisasi dan pemain kacukan terbaru negara bergelut dengan tahap kecergasan, malah mereka gagal mencapai keserasian sepanjang 90 minit permainan.

Perbezaan ketara antara kedua-dua pasukan jelas dapat dilihat, apabila skuad kebangsaan lebih pasif seawal minit pertama permainan, berbanding UAE yang tampil lebih berkeyakinan di segenap bahagian dengan menyajikan permainan tersusun.

Aksi longlai skuad kebangsaan itu dihidu UAE, untuk mencipta beberapa gerakan menarik sehingga memaksa penjaga gol Mohd Farizal Marlias bekerja keras menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya, termasuk menepis rembatan Khalil Ibrahim pada minit ketujuh, dalam situasi satu lawan satu.

Ali yang meledak dua gol untuk membantu UAE mengatasi Malaysia 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada September 2019, terus menjadi mimpi ngeri barisan pertahanan negara, apabila dengan mudah melepasi kawalan Mohd Aidil untuk meledak gol pembukaan pada minit ke-19.

Malaysia setidak-tidaknya mampu mengikat keputusan pada separuh masa pertama, namun tandukan pemain naturalisasi terbaru negara Guilherme De Paula, yang tidak dirantai dalam kawasan kotak penalti jauh tersasar.

Kebuntuan dalam mencipta serangan selepas rehat memaksa Cheng Hoe membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Muhammad Syafiq Ahmad dan pemain muda Luqman Hakim Shamsudin, namun gagal memainkan impak sebaliknya hanya Mohd Farizal terus diuji, dengan asakan bertali arus UAE.

Selepas bertindak cemerlang menyelamatkan gawang negara daripada terus dibolosi, penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, akhirnya tewas kali kedua pada minit ke-83 menerusi gol De Lima, sebelum keadaan menjadi lebih parah dengan UAE berjaya menambah dua gol, di penghujung perlawanan.

Ali dan De Lima masing-masing menjaringkan gol kedua peribadi mereka pada masa kecederaan babak kedua, untuk memberikan kemenangan ketiga UAE sekali gus melonjak naik ke kedudukan kedua saingan Kumpulan G, dengan mengumpul sembilan mata.

Sementara Malaysia jatuh ke kedudukan keempat, meskipun turut mengumpul sembilan mata bersama UAE dan Thailand (ketiga), namun hanya dipisahkan perbezaan gol.

Aksi seterusnya skuad negara dijadual bertemu Vietnam pada 11 Jun, sebelum menutup saingan kumpulan berdepan Thailand (15 Jun).

Kekalahan kepada UAE ini menyaksikan skuad negara gagal menebus maruah kekalahanan besar 0-10 dalam kunjungan terakhir Malaysia menentang UAE, pada kempen kelayakan lepas pada September 2015.

Dalam pada itu, Thailand dan Indonesia terikat 2-2 dalam satu lagi aksi Kumpulan G, yang berlangsung di Stadium Al Maktoum, Dubai.- Bernama 

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad