web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia – Oman: Pan Gon Tuntut Janji Padang Dalam Keadaan Terbaik

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2024 4:37PM

Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon hari ini menuntut janji yang diberikan bahawa kualiti padang akan berada dalam keadaan terbaik, bagi perlawanan pusingan kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Pan Gon berkata, beliau tidak melihat keadaan terkini Stadium Nasional, namun telah dijanjikan oleh mereka yang terlibat bahawa padang itu akan sedia digunakan untuk perlawanan esok.

"Saya tidak lagi melihat padang, juruteknik hari itu menjanjikan kepada saya beliau akan berikan padang yang baik, kami perlukan padang yang baik, jadi kami harapkan esok akan dapat melihat padang yang bagus," kata jurulatih berusia 54 tahun dari Korea Selatan, pada sidang media praperlawanan di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini. 

Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai keadaan padang Stadium Nasional, yang menjadi topik hangat pelbagai pihak berikutan tersebarnya imej dan video keadaan padang yang kurang memuaskan baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Oman Jaroslav Silhavy, berkata pasukannya tidak dapat menjalani sesi latihan rasmi di Stadium Nasional.

Bekas ketua jurulatih Czech Republik yang membimbing Oman menewaskan Malaysia 2-0 di Muscat Jumaat lepas (waktu Malaysia) berkata, mereka tidak mendapat kebenaran untuk menguji padang sebelum perlawanan, kerana dimaklumkan bahawa ia tidak berada dalam keadaan yang terbaik. 

“Semalam kami dimaklumkan kami tidak akan berlatih di sana (Stadium Nasional) kerana padang tidak dalam keadaan baik untuk latihan, untuk Malaysia ataupun Oman, situasi tidak bagus untuk kedua-dua pasukan," kata jurulatih berusia 62 tahun itu.

Berdasarkan maklumat disediakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan kebangsaan akan menjalani latihan di sini, manakala Oman pula di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Kumpulan D menyaksikan Oman, Kyrgyzstan dan Malaysia berkongsi enam mata pada tiga kedudukan tertinggi kumpulan dengan perbezaan gol, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan perlawanan peringkat kumpulan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun. - BERNAMA

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad