Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aaron-Wooi Yik Terlepas Gelaran All England

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Mar 2024 8:22AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas peluang melakar kejuaraan sulung di kejohanan badminton All England apabila tewas kepada juara bertahan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam final di Birmingham, semalam.

Dalam aksi di Utilita Arena Birmingham, seperti ada tidak kena dengan juara dunia 2022 apabila ketinggalan 1-6, sebelum gandingan Indonesia yang diletakkan selaku pilihan ketujuh memenangi set pertama dengan 21-16.

Set kedua berlangsung sengit apabila kedua-dua beregu saling mengejar mata sehingga terikat 10-10, namun kesilapan demi kesilapan mudah dilakukan Aaron-Wooi Yik membolehkan pasangan Indonesia itu menjarakkan kedudukan 18-16 sebelum melengkapkan kemenangan 21-16, sekali gus mempertahankan kejuaraan All England 2024.

Kekalahan hari ini bermakna gelaran All England kekal sukar dicapai oleh pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 itu selepas mereka tewas kepada bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-11, 14-21, 12-21 pada edisi 2019.

Kali terakhir beregu lelaki negara meraih gelaran All England adalah pada edisi 2007 menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menewaskan pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng 21-15, 21-18.

Fajar-Muhammad Rian membawa pulang hadiah wang tunai US$96,200 (RM452,572), manakala Aaron-Wooi Yik pulang dengan US$45,500 (RM214,055) selaku naib juara.

Sementara itu, dalam satu lagi kejohanan membabitkan skuad negara, gandingan meningkat naik Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menceriakan kem badminton Malaysia apabila muncul juara Masters Orleans 2024 di Perancis.

Beregu negara meraih kejuaraan selepas menewaskan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia 21-15, 18- 21, 21-14 dalam final kejohanan Super 300 itu di Palais de sports. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

All England: Hanya Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir, Zii Jia Kandas

2

Sukan 6 bulan yang lalu

Aaron-Wooi Yik Mara Ke Suku Akhir Terbuka Denmark 2023

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Terbuka Switzerland: Zii Jia Terus Cemerlang Mara Ke Suku Akhir

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Aaron-Wooi Yik Bawa Pulang Gangsa, Dhabitah, Javen-Karen Perak

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 9 jam yang lalu

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza

Semasa 12 jam yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Semasa 14 jam yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

Semasa 21 jam yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM