Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aaron-Wooi Yik Bawa Pulang Gangsa, Dhabitah, Javen-Karen Perak

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 7:02AM

Aaron Chia-Soh Wooi Yik membawa pulang pingat gangsa buat Malaysia. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mengubat luka kekalahan kepada beregu tuan rumah Ben Lane-Sean Vendy dalam pusingan akhir sebelum ini dengan merangkul pingat gangsa di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Bagaimanapun, lawan mereka iaitu satu lagi beregu negara Chan Peng Soon-Tan Kian Meng memberi tentangan sengit sebelum akhirnya Aaron-Wooi Yik muncul pemenang di National Exhibition Centre di sini.

Aaron-Wooi Yik menundukkan Peng Soon-Kian Meng 21-19 pada set pertama sebelum tewas pada set kedua 21-11.

Beregu nombor enam dunia itu kembali menyerlah pada set seterusnya dengan kemenangan 21-11, sekali gus meraih pingat dalam acara individu, selepas membantu Malaysia mendapatkan emas acara berpasukan campuran mengatasi India 3-1 Khamis lepas.

Terdahulu Kian Meng membawa pulang gangsa dalam acara beregu campuran bergandingan dengan Lai Pei Jing, selepas menewaskan beregu Scotland Adam Hall-Julie Macpherson, 21-15, 21-17.

Kem badminton negara berpeluang untuk memenangi emas selepas perseorangan lelaki Ng Tze Yong dan beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah mara ke final yang berlangsung esok.

Tze Yong bakal bertemu perseorangan utama India Lakshya Sen, manakala Pearly-Thinaah akan menentang wakil tuan rumah Chloe Birch-Lauren Smith.

Nur Dhabitah Sabri membawa pulang pingat perak keduanya pada Sukan Komanwel Birmingham ini dalam acara terjun 3m papan anjal.

Dhabitah (kiri) terpaksa berpuashati dengan pingat perak. - Gambar AFP
Dhabitah (kiri) terpaksa berpuashati dengan pingat perak. - Gambar AFP

Kesilapan pada terjunan keempatnya yang hanya mengutip 55.50 mata menyebabkan Dhabitan terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Saingan terdekatnya Maddison Keeney dari Australia membawa pulang pingat emas.

Seorang lagi atlet terjun negara Ong Ker Ying menduduki tempat ke-12 dengan 231.60 mata.

Nur Dhabitah yang ditemui selepas pusingan akhir 3m papan anjal di Sandwell Aquatics Centre itu bagaimanapun berpuas hati dengan keputusan tersebut.

“Untuk Sukan Komanwel kali ini, memang saya tak fokus sangat (pada) acara ini (3m papan anjal) kerana saya lebih tumpu kepada acara 10m platform dan seirama,” katanya kepada Bernama.

Kali terakhir beliau beraksi dalam acara tersebut ialah pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lepas dengan kedudukan di tempat keempat.

Semalam, Nur Dhabitah menyumbang perak dalam acara 3m papan anjal seirama bergandingan dengan Wendy Ng Yan Yee. 

Impian pasangan pemain ping pong negara Javen Choong dan Karen Lyne untuk merangkul pingat emas musnah apabila tewas di pentas final acara beregu campuran pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham.

Javen Choong dan Karen Lyne kempunan emas. - Gambar Bernama
Javen Choong dan Karen Lyne kempunan emas. - Gambar Bernama

Gandingan Malaysia itu tumpas kepada pasangan dari India Sharath Kamal Achanta-Sreeja Akula 4-11, 11-9, 5-11 dan 6-11

Ketika ditemui pemberita, Karen berkata beliau tidak menyangka dapat memenangi dua pingat perak pada temasya kali ini, selepas meraih pingat berkenaan dalam acara berpasukan wanita.

“Pencapaian menang dua pingat perak (di sini) macam mimpi. Segala usaha dan persediaan yang kita lakukan memang sukar tetapi kejayaan ini sangat berbaloi,” katanya.

Sementara itu, Javen berkata pencapaian skuad ping pong pada temasya ini akan membuka mata pelbagai pihak bahawa sukan itu mampu pergi lebih jauh di pentas antarabangsa.

“Sebelum ini, tiada orang pandang sukan ping pong kerana kita tiada pencapaian tetapi dengan kejayaan ini, akan buka mata pelbagai pihak untuk memberi sokongan kepada sukan ping pong negara,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Aaron-Wooi Yik Terlepas Gelaran All England

2

Sukan 1 bulan yang lalu

All England: Hanya Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir, Zii Jia Kandas

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis - Pandelela

4

Sukan 6 bulan yang lalu

Aaron-Wooi Yik Mara Ke Suku Akhir Terbuka Denmark 2023

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 17 jam yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 16 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran