web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aaron-Wooi Yik Mara Ke Suku Akhir Terbuka Denmark 2023

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2023 9:09PM

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila mara ke suku akhir selepas menundukkan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di pusingan kedua Terbuka Denmark 2023 di Odense hari ini. 

Gandingan di kedudukan keempat dunia itu bangkit pada set kedua untuk untuk menyingkirkan pasangan juara dunia tiga kali berkenaan 16-21, 21-5, 21-15 dalam perlawanan yang mengambil masa 41 minit. 

Juara dunia 2022 itu dijangka berdepan laluan mudah untuk menempah slot ke separuh akhir apabila dijadual bertemu pasangan di kedudukan ke-16 dunia dari China Hi Ji Ting-Ren Xiang Yu, yang mengalahkan pasangan tuan rumah Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-15,21-5.

Sementara itu, beregu campuran negara Chen Tan Jie-Toh Ee Wei ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua oleh pilihan kelima kejohanan, Dechapol Puavanakroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand 15-21, 12-21.

Menerima nasib sama beregu wanita profesional, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien yang ditewaskan pasangan Hong Kong Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam 15-21, 21-17, 20-22. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad