web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbuka Switzerland: Zii Jia Terus Cemerlang Mara Ke Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 9:26AM

Lee Zii Jia - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak cemerlangnya dalam Terbuka Switzerland 2023 apabila mara ke suku akhir dengan menumpaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen, semalam.

Zii Jia, pemain nombor dunia dan pilihan kedua kejohanan mencatatkan keputusan straight set 21-19, 21-15 pada pertarungan selama 51 minit di pusingan kedua di St Jakobshalle di Basel.

Esok, Zii Jia akan berdepan dengan pemenang perlawanan antara wakil Taiwan, Lee Chia Hao dengan Mithun Manjuath dari India bagi perebutan tiket ke separuh akhir.

Bagaimanapun, nasib berbeza buat beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kerana terpaksa pulang awal apabila ditewaskan gandingan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito, 17-21, 21-16, 21-17.

Pasangan Jepun itu bakal bertemu sama ada pasangan Taiwan Lu Ching Yao-Yang Po Han atau gandingan China Ren Xiabg Yu-Tan Qiang di pusingan suku akhir hari ini.

Sementara itu, beregu lelaki Ong Yew Sin yang merupakan pilihan ketiga kejohanan dan gandingannya Teo Ee Yi berjaya melepasi pusingan kedua selepas menumbangkan pasangan Jepun-Kenya, Mitsuhashi-Hikori Okamura 15-21,21-13,21-15.

Yew Sin-Ee Yi dijadual bertemu sama ada pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri- Bagas Maulana ataupun gandingan Taiwan, Lee Jhe-Huei- Yang Po-Hsuan pada suku akhir.

Dalam pada itu, beregu campuran negara Chen Tan Jie-Toh Ee Wei turut mara ke suku akhir apabila mengalahkan pasangan China, He Ji Ting-Du Yue 11-21, 21-14, 21-14.

Pasangan itu bakal bertemu sama pemain pilihan kelapan kejohanan, Robin Tabeling dan pasangannya Selena Piek dari Belanda atau gandingan Singapura, Hee Yong Kai Terry-Tan Wei Han Jessica esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Aaron, Wooi Yik Berdepan Beregu Nombor 1 Dunia 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad