web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serena Cemas, Tsitsipas, Medvedev Layak Ke Pusingan Seterusnya

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 9:11AM

Medvedev membalas pukulan lawannya dalam perlawanan pusingan kedua Terbuka Perancis. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Serena Williams terpaksa bertungkus-lumus sebelum menang ke atas Mihaela Buzarnescu dalam tiga set, manakala Stefanos Tsitsipas dan pemain No 2 dunia Daniil Medvedev juga layak ke pusingan ketiga Terbuka Perancis.

Williams yang berusia 39 tahun terpaksa bangkit selepas dalam set kedua untuk menundukkan lawannya 6-3, 5-7, 6-1.

Pemain dari Amerika Syarikat (AS) itu akan bertemu rakan senegara Danielle Collins untuk layak ke pusingan seterusnya dalam usaha beliau untuk memenangi kejuaraan Terbuka Perancis yang keempat.

“Ini perlawanan yang sengit, lawan saya bermain dengan baik dan sama juga dengan saya,” kata bekas pemain nombor satu dunia itu.

Sementara itu, Tsitsipas, pilihan utama untuk layak ke final, memberi persembahan yang jitu bagi mengetepikan pemain Sepanyol Pedro Martinez 6-3, 6-4, 6-3.

Pemain dari Greece itu akan bertemu John Isner dari Amerika Syarikat. Tsitsipas menang tiga pertemuan dengan Isner sebelum ini.

Medvedev pula bangkit daripada kekalahan set pertama kepada pemain AS, Tommy Paul dengan bergaya untuk memenangi tiga set seterusnya 3-6, 6-1, 6-4, 6-3.

Pemain dari Rusia itu, yang tidak pernah melepasi pusingan pertama dalam empat penampilan di Roland Garros, akan bertemu pemain AS Reilly Opelka di pusingan seterusnya.

Walaupun persembahan yang ditampilkan pilihan keenam kejohanan Alexander Zverev kurang kemas, namun ia masih cukup untuk beliau mengalahkan Roman Safiullin dari Rusia dalam straight sets.

Pemain dari Jerman bakal bertemu Laslo Djere dari Serbia, di pusingan ketiga selepas menang 7-6 (7-4), 6-3, 7-6 (7-1) ke atas Safiullin. - AFP

Keputusan lain:

Casper Ruud mengalahkan Kamil Majchrzak 6-3, 6-2, 6-4

Kei Nishikori mengalahkan Karen Khachanov 4-6, 6-2, 2-6, 6-4, 6-4

Aryna Sabalenka mengalahkan Aliaksandra Sasnovich 7-5, 6-3

Daria Kasatkina mengalahkan Belinda Bencic 6-2, 6-2

Victoria Azarenka mengalahkan Clara Tauson 7-5, 6-4

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Jurulatih Indonesia Mohon Maaf Label Beregu Wanita Malaysia ‘Hitam Putih’

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Bintang Tenis Sensasi Roger Federer Umum Bersara

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Nadal Julang Trofi Terbuka Perancis Ke-14

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad