web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nadal Julang Trofi Terbuka Perancis Ke-14

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 7:36AM

Nadal bersama trofi juara Terbuka Perancis, kejuaraan Grand Slam ke-22 dalam kerjayanya. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Rafael Nadal menjadi pemain lelaki tertua menjulang trofi juara Terbuka Perancis selepas menumpaskan Casper Ruud untuk merangkul kejuaraan ke-14 dan Grand Slam ke-22 dalam kerjayanya.  

Nadal yang berusia 36 tahun, mengalahkan Ruud yang berasal dari Norway dalam straight sets 6-3, 6-3, 6-0.

Kemenangan pemain yang berasal dari Sepanyol itu hadir 17 tahun sejak beliau memenangi kejuaraan pertamanya di usia 19 tahun pada 2005.

Nadal kini mempunyai dua kejuaraan Grand Slam di hadapan Novak Djokovic dan Roger Federer.

Nadal, pemenang tertua di Paris sejak Andre Gemeno yang berusia 34 tahun pada 1972, tidak pasti sama ada akan mengambil bahagian selepas kecederaan kaki kembali menghantuinya.

“Jelas bahawa dengan keadaan saya bermain, saya tidak boleh dan saya tidak mahu meneruskannya.

“Saya akan terus berusaha untuk mencari penyelesaian dan penambahbaikan untuk masalah yang saya hadapi di kaki,” kata Nadal.

Beliau mendedahkan dirinya menerima suntikan untuk menahan sakit sebelum setiap perlawanan di Paris dan akan menjalani rawatan minggu ini di Sepanyol.

“Jika rawatan itu berkesan saya akan terus beraksi.

“Jika tidak, saya akan membuat keputusan sama ada akan menjalani pembedahan serius yang tidak akan menjamin saya boleh bersaing dan akan mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Rudd mengucapkan tahniah kepada Nadal dan mendedahkan kini beliau faham rasa menjadi “mangsa” pakar gelanggang tahan liat itu.

“Perkara yang paling penting ialah mengucapkan tahniah kepada Rafa,” kata Ruud.

“Anda adalah juara sejati. Ini kali pertama saya berdepan dengan awak jadi sekarang saya tahu bagaimana rasanya menjadi ‘mangsa’! Akan ada ramai lagi.

“Anda telah membawa saya ke akademi anda dengan tangan terbuka dan anda adalah inspirasi kepada saya.

“Kami semua berharap anda akan meneruskan untuk beberapa lama lagi.”

Dalam final kategori Wanita yang berlangsung pada Sabtu pemain remaja dari Amerika Syarikat Coco Gauf tumpas kepada Iga Swiatek dari Poland. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Jurulatih Indonesia Mohon Maaf Label Beregu Wanita Malaysia ‘Hitam Putih’

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Djokovic Rangkul Kejuaraan Terbuka Perancis, Cipta Sejarah

3

Sukan 5 tahun yang lalu

Pavlyuchenkova, Krejcikova Akan Berentap Untuk Kejuaraan Terbuka Perancis

4

Sukan 5 tahun yang lalu

Djokovic, Nadal Bertemu Buat Kali Ke-58 di Terbuka Perancis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam