web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pavlyuchenkova, Krejcikova Akan Berentap Untuk Kejuaraan Terbuka Perancis

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 8:37AM

Pavlyuchenkova (kiri) dan Barbora Krejcikova akan menentukan siapa juara Terbuka Perancis tahun ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Anastasia Pavlyuchenkova dan Barbora Krejcikova akan bertemu dalam final tenis Terbuka Perancis selepas menang perlawanan separuh akhir masing-masing.

Pemain dari Rusia Pavlyuchenkova akan bermain dalam final pertamanya selepas mencuba sebanyak 52 kali, manakala Krejcikova dari Republik Czech menyelamatkan mata perlawanan dalam kemenangan penuh drama ke atas Maria Sakkari.

Pavlyuchenkova menundukkan pemain No 85 dunia Tamara Zidansek dari Slovenia 7-5, 6-3, dan pemain bukan pilihan Krejcikova bangkit daripada ambang kekalahan untuk mengalahkan Sakkari 7-5, 4-6, 9-7 dalam perlawanan yang berlangsung selama tiga jam dan 18 minit.

Pavlyuchenkova, yang pernah layak ke suku akhir di Paris sedekad lalu, menjadi wanita pertama bermain lebih daripada 50 kejohanan Major sebelum layak ke final pertamanya.

Beliau memecahkan rekod yang dipegang sebelum ini oleh naib juara Terbuka AS 2015 Roberta Vinci dengan 44.

“Perjalanan karier saya sangat panjang, semua orang ada perjalanan mereka tersendiri. Saya gembira dapat melayakkan diri ke final,” kata pemain berusia 29 tahun itu.

Krejcikova, pemain di kedudukan 33 dunia, menjadi pemain bukan pilihan keempat layak ke final Terbuka Perancis dalam tempoh lima tahun.

“I sudah lama ingin bermain dalam perlawanan sebegini. Pertarungan yang mencabar di mana kami berdua bermain dengan baik.

“Kalaupun saya kalah hari ini, saya sangat bangga dengan diri saya. Mengatasi cabaran dalam kehidupan adalah perkara yang paling penting sekali,” kata Krejcikova. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Jurulatih Indonesia Mohon Maaf Label Beregu Wanita Malaysia ‘Hitam Putih’

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Bintang Tenis Sensasi Roger Federer Umum Bersara

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Nadal Julang Trofi Terbuka Perancis Ke-14

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan