web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Djokovic, Nadal Bertemu Buat Kali Ke-58 di Terbuka Perancis

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 8:51AM

Nadal meraikan kejayaan mengalahkan lawannya selepas tamat perlawanan suku akhir. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Novak Djokovic akan bertemu dengan Rafael Nadal buat kali ke-58 selepas layak ke separuh akhir Grand Slam ke-40nya, manakala Maria Sakkari mengejutkan juara bertahan Iga Swiatek untuk menjadi wanita Greek pertama yang berjaya layak pentas separuh akhir Major.

Pemain No 1 dunia Djokovic mengalahkan pemain Italy Matteo Berrettini 6-3, 6-2, 6-7 (5-7), 7-5 untuk mengesahkan tempatnya di separuh akhir di Paris buat kali ke-11.

Juara 13 kali Nadal menundukkan pemain dari Argentina Diego Schwartzman 6-3, 4-6, 6-4, 6-0 untuk layak ke separuh akhir buat kali ke-14.

Separuh akhir yang akan berlangsung pada Jumaat nanti adalah yang kelapan di antara Djokovic dan Nadal di Roland Garros di mana pemain dari Sepanyol itu mempunyai rekod 7-1.

Ini termasuklah final tahun lepas, tetapi Djokovic kekal sebagai salah seorang daripada dua pemain yang pernah mengalahkan Nadal di kejohanan ini.

Djokovic, pemenang 18 Major, sedang berusaha menjadi pemain pertama dalam lebih dari 50 tahun yang berjaya memenangi keempat-empat Grand Slam dua kali.

Manakala Nadal pula boleh mencatat kemenangan Major ke-21nya di final pada Ahad, meninggalkan Roger Federer di tempat kedua dalam carta pemenang Grand Slam terbanyak.

Pemain No 18 dunia Sakkari berjaya menumpaskan juara bertahan dan pilihan kelapan kejohanan Swiatek dalam straight sets 6-4, 6-4 dan akan bertemu dengan Barbora Krejcikova dari Republik Czech di separuh akhir.

Krejcikova menundukkan pemain muda dari Amerika Syarikat Coco Gauff 7-6 (8-6), 6-3.

Pilihan ke-31 kejohanan dari Rusia Anastasia Pavlyuchenkova akan bertembung dengan pemain bukan pilihan Tamara Zidansek dari Sovenia dalam separuh akhir lagi satu. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Djokovic Mungkin Terlepas Peluang Sertai Kejohanan Indian Wells Dan Miami Open Masters

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Jurulatih Indonesia Mohon Maaf Label Beregu Wanita Malaysia ‘Hitam Putih’

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Bintang Tenis Sensasi Roger Federer Umum Bersara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad