web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BATC: Malaysia Layak Ke Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 8:23AM

Pemain perseorangan Lelaki negara, Lee Zii Jia (kiri) ketika beraksi menentang pasukan dari Kazakhstan, Dmitriy Panarin (kanan) pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) hari ini. Lee Zii Jia menang dengan keputusan 21-11, 21-10. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Skuad lelaki negara membenam Kazakhstan 5-0 untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024, di sini hari ini.

Selepas mengalahkan Brunei dengan keputusan sama dalam perlawanan pembukaan semalam, Malaysia sebagai juara bertahan meneruskan aksi hebat dalam Kumpulan B untuk memperoleh satu lagi kemenangan tanpa sebarang kekalahan di Pusat Konvensyen Setia City di sini.

Pemain perseorangan profesional lelaki, Lee Zii Jia, yang direhatkan semalam, menghadiahkan mata pertama apabila menewaskan Dmitriy Panarin 21-11, 21-10, manakala Leong Jun Hao menggandakan mata selepas mengalahkan Ibray Bayken 21-8, 21-11.

Pemain muda, Eogene Ewe, 19, kemudian mengesahkan mata kemenangan untuk Malaysia selepas menewaskan Makhsut Tajibullayev 21-7, 21-9.

Kemudian dalam acara beregu, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menewaskan Ratmir Gilmanov-Ibray Bayken 21-10, 21- 9 manakala Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengalahkan Khaitmurat Kulmatov-Makhsut Tajibullayev 21-6, 21-2 untuk melengkapkan kemenangan mutlak.

Pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik direhatkan hari ini.

Selepas bermain perlawanan yang kelihatan seperti perlawanan pemanas badan menentang Brunei dan Kazakhstan, cabaran sebenar Malaysia menanti esok menentang Taiwan dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk menentukan juara kumpulan.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Taiwan menundukkan Brunei 5-0 selepas menewaskan Kazakhstan dengan keputusan yang sama semalam.

Undian untuk peringkat kalah mati akan diadakan malam esok selepas selesai semua perlawanan peringkat kumpulan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran minimum mara ke separuh akhir untuk kedua-dua pasukan lelaki dan wanita dalam BATC kali ini, untuk memastikan tempat automatik dalam Final Piala Thomas dan Piala Uber, April ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad