web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Son Heung-Min Pun Manusia Biasa - Muhammad Safawi

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 8:19AM

Pemain sayap pasukan kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Kelibat bintang Korea Selatan, Son Heung-min dan percaturan jurulatih berprofil tinggi, Jurgen Klinsmann tidak menggerunkan skuad Harimau Malaya menjelang aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023, hari ini.

Pemain sayap pasukan kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid berkata, Malaysia yang bakal turun tanpa tekanan susulan telah tersingkir, menyasarkan untuk mencalar reputasi skuad Taeguk Warriors itu, selain mempertahankan maruah negara.

Muhammad Safawi yang mempunyai kenangan manis menentang skuad Korea Selatan turut dibarisi Son ketika itu, menyifatkan penyerang Tottenham Hotspur itu adalah pemain yang baik tetapi tidak mustahil untuk 'dirantai'.

"Semua tahu, Son adalah pemain yang baik...saya tahu kemampuan dia, dalam situasi satu lawan satu mungkin dia boleh (lepas) tetapi kalau dua lawan satu atau tiga lawan satu mungkin (tak boleh lepas).

"Dia (Son) pun manusia biasa. Saya rasa kelebihan pada kami sebab kami bertahan dan dia akan menyerang....saya percaya dengan rakan sepasukan dan jurulatih (Kim Pan Gon), jadi kita tengok perlawanan esok," katanya ketika ditemui di hotel penginapan pasukan di sini, semalam.

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 26 tahun itu berkata, pasukan negara akan mengekalkan pendekatan sama pada perlawanan esok iaitu cuba menekan Korea Selatan sehingga melakukan kesilapan.

"Kami akan lebihkan tekanan untuk mereka buat kesilapan dan dari situ kami akan ambil kesempatan untuk melakukan serangan," katanya.

Muhammad Safawi menjaringkan dua gol ketika membantu skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan meraih kemenangan 2-1 mengatasi Korea Selatan yang dibarisi Son pada perlawanan peringkat kumpulan temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.

Di sebalik kekalahan di tangan Malaysia, Korea Selatan akhirnya merangkul pingat emas pada temasya sukan empat tahun sekali itu.

Pada pertembungan di Stadium Al Janoub esok, Korea Selatan hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik, sementara peluang Malaysia untuk mara sudah tertutup susulan dua kekalahan dicatat sebelum ini.

Ini adalah pertembungan kedua Malaysia dan Korea Selatan di peringkat kumpulan Piala Asia selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada edisi 1980 di Kuwait dengan bekas penyerang Zulkifli Hamzah menjaringkan gol penyamaan.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada pusingan kelayakan Piala Dunia menyaksikan Malaysia tumpas 0-3 pada 1989. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad