web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Denmark Kekal Mahkota Perseorangan Lelaki, Antonsen Juara Terbuka Malaysia 2024

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2024 8:22PM

Pemain Denmark, Anders Antonsen muncul juara perseorangan lelaki Terbuka Malaysia 2024 selepas menewaskan wakil China, Shi Yu Qi dari China. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Denmark mengekalkan mahkota perseorangan lelaki Terbuka Malaysia hari ini, selepas Anders Antonsen muncul juara. 

Terdahulu, juara bertahan, Viktor Axelsen terkandas di separuh akhir semalam.

Antonsen, pemain di ranking kesembilan dunia, menewaskan Shi Yu Qi dari China dalam pertarungan mudah 21-14, 21-13 pada perlawanan akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, yang juga satu kemenangan besar dalam kerjaya badmintonnya.

Kemenangan terbesar Antonsen sebelum ini adalah memenangi gelaran Jelajah Akhir Dunia 2020, yang juga kejohanan Super 1000, menewaskan rakan senegara Axelsen, selain satu pingat perak dan dua gangsa dalam Kejohanan Dunia.

Juara Terbuka Malaysia membawa pulang pingat, piala dan hadiah wang tunai US$91,000 (kira-kira RM422,877), manakala Yu Qi menerima US$44,200 (kira-kira RM205,397) berserta pingat dan piala.

Bercakap kepada pemberita, Antonsen menyifatkan kejayaan diraih hari ini adalah detik bersejarah dalam hidupnya.

"Perasaan yang luar biasa, saya masih terkejut. Set pertama berlangsung sangat baik tapi set kedua penuh dengan debaran, bukan yang terbaik, saya juga bukan dalam keadaan terbaik ketika itu dan rasa terlalu lama untuk menamatkan perlawanan.

"Saya tidak sangka (menang mudah) dengan lawan sebegini. Ternyata ia adalah perlawanan sukar buat beliau di set kedua dengan gangguan angin, jadi penting untuk saya menguasai set pertama," katanya.

Mengenai sambutan bagi meraikan kejayaannya, Antonsen berkata, beliau akan menikmati 'makan besar' pada malam ini kemungkinan menjamu selera dengan burger, piza, santapan mewah atau mencari makanan tempatan.

Antonsen mara ke final selepas mengetepikan wakil Taiwan, Lin Chun Yi 21-16, 21-17, manakala Yu Qi menyingkirkan Axelsen 21-12, 19- 21, 21-17 dalam aksi separuh akhir semalam.

Sementara itu, Yu Qi mengakui pemain Denmark itu bermain dengan lebih baik berbanding dirinya.

"Antonsen melakukan persiapan lebih baik dari saya. Beliau juga mempunyai kemahiran dan taktik yang baik," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

2

Sukan 2 tahun yang lalu

3 Beregu Badminton Negara Mara Ke Suku Akhir Kejohanan Dunia

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Piala Sudirman: Skuad Negara Diundi Bertemu Denmark Di Suku Akhir

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Piala Dunia: Perancis Tundukkan Denmark 2-1

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 49 minit yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad