web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Dunia: Perancis Tundukkan Denmark 2-1

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 11:26AM

Kylian Mbappe - Gambar Twitter FIFA World Cup

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Jurulatih Perancis Didier Deschamps berpuas hati dengan dua jaringan Kylian Mbappe yang memberikan pasukannya kemenangan 2-1 ke atas Denmark untuk menempah tiket ke pusingan seterusnya dalam kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022. 

Mbappe menjaringkan gol pada minit ke-61 dan ke-86, lapor Xinhua.

Pada kejohanan kali ini, juara bertahan Perancis beraksi tanpa pemain seperti Karim Benzema, Paul Pogba dan N'Golo Kante. 

"Kylian pemain luar biasa dia boleh menjadi penentu….pasukan kami juga mempunyai pemain lain yang menyokongnya. Dia tidak banyak bercakap tetapi ligat di atas padang...,” kata Deschamps.

Sementara itu, jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand yang ternyata kecewa dengan kekalahan itu berkata pasukannya perlu menang menentang Australia pada Rabu nanti.

Denmark berada dalam situasi yang sama dengan Kejuaraan Eropah tahun lalu apabila pasukan ini perlu memenangi perlawanan terakhir mereka untuk layak ke pusingan kalah mati.

Perancis kini mendahului Kumpulan D dengan enam mata manakala Australia yang mengumpul tiga mata di kedudukan kedua diikuti Denmark dan Tunisia yang masing-masing berkongsi satu mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Malaysia, Thailand Buat Perhitungan Di Final Double, Regu

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Denmark Kekal Mahkota Perseorangan Lelaki, Antonsen Juara Terbuka Malaysia 2024

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelancong Jerman Maut Ditikam Berhampiran Menara Eiffel Di Paris

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 56 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad