Berita Terkini

8 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Hafizh Catat Keputusan Terbaik Musim Ini

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 10:41PM

Hafiz (kiri) berjaya memungut mata dalam perlumbaan kedua berturut-turut. - Gambar dari Instagram NTS RW Racing

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penunggang Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mencatatkan keputusan terbaiknya musim ini selepas menamatkan GP Itali di tangga kesembilan hari ini.

Hafizh memulakan perlumbaan di litar Mugello itu di posisi ke-20 dan mempamerkan tunggangan yang mantap untuk memintas 11 pelumba lain untuk membawa pulang tujuh mata.

Ini keputusan terbaik Hafizh musim ini selepas memungut satu mata di GP Perancis dua minggu lalu.

Keputusan tersebut menunjukkan penunggang yang berusia 27 tahun itu semakin serasi dengan jentera pasukan NTS RW Racing GP selepas memulakan musim dengan hambar.

Hafizh gagal menamatkan perlumbaan pembuka musim di Qatar, kemudian mencatatkan penamat di tangga ke-21, 18 dan 17 di GP Doha, Portugal serta Sepanyol sebelum memungut mata pertamanya musim ini di GP Perancis.

Hafizh ketinggalan 34.849 saat (s) di belakang juara GP Perancis, Remy Gardner, dari pasukan Red Bull KTM Ajo yang menamatkan melepasi garisan penamat dengan catatan masa 39:17.667s.

Melengkapkan tempat kedua dan ketiga adalah Raul Fernandez (+0.014) serta pelumba Sky Racing Team, Marco Bezzecchi (+8.021).

Dalam kelas MotoGP pula, penunggang dari Perancis Fabio Quartararo mendominasi perlumbaan yang dikejutkan dengan berita pemergian penunggang Moto3 Jason Dupasquier beberapa jam sebelumnya, lapor AFP.

(Dari kiri) Oliveira, Quartararo, dan Mir bergambar bersama bendera Switzerland di atas podium sebagai tanda mengingati Jason Dupasquier. - Gambar AFP
(Dari kiri) Oliveira, Quartararo, dan Mir bergambar bersama bendera Switzerland di atas podium sebagai tanda mengingati Jason Dupasquier. - Gambar AFP

Peneraju kejuaraan dunia itu mengibarkan bendera Switzerland sebagai tanda mengingati rakannya yang berumur 19 tahun itu, di mana karier remaja itu menemui penamat yang tragik.

Berita tentang pemergian penunggang dari Switzerland itu diumumkan pada tengah hari oleh penganjur MotoGP.

Beliau meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya dalam kemalangan melibatkan beberapa penunggang dalam sesi kelayakan, pada Sabtu.

Jason Dupasquier
Jason Dupasquier

Quartararo, yang menunggang jentera Yamaha, melintasi garisan penamat dengan perbezaan 2.5 saat di hadapan penunggang dari Portugal Miguel Oliveira yang menunggang untuk pasukan Red Bull KTM.

Juara dunia bertahan Joan Mir melengkapkan podium selepas diturunkan satu posisi kerana dikenakan penalti.

Quartararo kini mendahului saingan kejuaraan MotoGP dengan 24 mata di hadapan penunggang Pramac Ducati Johann Zarco.

Dalam saingan Moto3, Dennis Foggia menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan mencatat masa 39:37.497s di hadapan Jaume Masia dan Gabriel Rodrigo. - Getaran, 30 Mei 2021 

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 bulan yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 10 bulan yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Kerajaan Terengganu Sentiasa Jalin Hubungan Baik Dengan Kerajaan Persekutuan - MB

Semasa 11 jam yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi

Semasa 6 jam yang lalu

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Lebih Berisiko Sebagai Pejalan Kaki Bukan Memandu, Kata MIROS

oleh Diyana Nawwar