web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Tewas 2-0 Pada Bahrain Akibat Kesilapan Sendiri

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 10:14AM

Malaysia tewas 2-0 kepada Bahrain dalam Aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bahrain, Riffa, awal pagi tadi. - Gambar Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesilapan sendiri menghukum skuad Harimau Malaya apabila tewas 2-0 kepada Bahrain pada Aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bahrain, Riffa, awal pagi tadi.

Malaysia yang menampilkan persembahan terpuji pada separuh masa pertama, terlebih dahulu menguji gawang gol tuan rumah pada minit kelapan, namun sepakan leret kaki kiri tonggak pertahanan, Matthew Davies tepat ke dakapan penjaga gol Sayed Shobar Alawi.

Pasukan kendalian Helio Sousa hampir menghukum kelekaan barisan pertahanan negara pada minit ke-21, tetapi percubaan penyerang Mahdi Abduljabbar berjaya ditepis keluar Mohd Farizal  Marlias.

Bahrain, yang menghuni ranking ke-98 dunia, sepatutnya berada di depan hasil serangan balas dilakukan tuan rumah, namun jaringan Mahdi pada minit ke-28 dibatalkan selepas penyerang berkenaan berada dalam kedudukan offside.

Bagaimanapun, kesilapan pemain pertahanan tengah, Muhammad Irfan Zakaria yang menjatuhkan Mahdi membawa padah dan menyaksikan pengadil tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.

Penggempur Manama Club itu dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-41 untuk meletakkan skuad tuan rumah di hadapan.

Skuad kebangsaan hampir menyamakan kedudukan pada minit pertama masa kecederaan babak pertama, tetapi tandukan Muhammad Syafiq Ahmad yang menyambut hantaran cantik dari sebelah kanan oleh Matthew, hanya melambung tinggi.

Pemain gantian Mohd Jassim Marhoon terus menambah ‘luka’ Harimau Malaya apabila menolak masuk bola ke dalam gawang negara pada minit ke-61 untuk jaringan kedua Bahrain, selepas bijak menghidu tampanan kurang kemas Farizal yang menerima ‘back pass’ daripada pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi.

Peluang terbaik Malaysia pada separuh masa kedua hadir menerusi minit ke-65 Norshahrul Idlan Talaha apabila percubaannya ditepis Sayed Shobar, selepas situasi kelam-kabut di kawasan pertahanan Bahrain berpunca daripada umpanan kapten pasukan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.

Keputusan berkenaan menyaksikan Malaysia mencatat kekalahan kedua berturut-turut selepas tumpas di tangan Kuwait 4-1 pada aksi pemanas badan Ahad lepas di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Malaysia yang berada pada kedudukan kedua Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, akan bertemu UAE pada 3 Jun, diikuti aksi berdepan Vietnam (11 Jun) sebelum menamatkan kempen kelayakan menentang Thailand (15 Jun). - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 34 minit yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 25 minit yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar