web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LTdL 2023: Syritta Tawan Peringkat Kedua

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 4:05PM

Orang ramai tidak melepaskan peluang merakamkan aksi pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2023 yang melalui laluan perlumbaan pada siri Jelajah LTdL peringkat pertama dari Kerteh ke Kuala Terengganu sejauh 187.4 KM semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Pelumba Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa muncul juara saingan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 sejauh 186.2 kilometer (km), dari Kuala Terengganu ke Aeon Mall, di sini hari ini.

Pelumba Rusia berusia 23 tahun itu, terlebih dahulu melepasi garisan penamat dalam satu kelompok besar dengan mencatatkan masa empat jam 15 minit 14 saat pada perlumbaan berbasikal berprestij Asia itu.

Keputusan dilakar pelumba itu sekali gus menebus kekecewaannya, setelah mengakhiri saingan peringkat pertama dari Kerteh ke Kuala Terengganu di kedudukan ketiga, semalam.

“Semalam saya melakukan kesilapan dan meraih tempat ketiga tetapi hari ini adalah keputusan yang saya nanti-nantikan. Saya sangat gembira,” katanya selepas tamat perlumbaan. 

Sementara itu, pelumba pasukan Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn dan pelumba Green Project Bardiani CSF-Faizane, Enrico Zanoncello, masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga di belakang Syritsa.

Dalam pada itu, de Kleijn kekal menyarung jersi hijau (pendahulu keseluruhan) dan jersi jingga (Raja Pecut), sementara jersi putih (Terbaik Asia) milik pelumba Roojai Online Insurance, Tegshbayar Batsaikhan.

Peringkat ketiga dari Jeli ke Baling sejauh 183.1km esok, membabitkan empat zon pendakian di Jeli, Puncak Titiwangsa, Seri Banding serta Sungai Rui, selain dua zon pecutan di Jeli dan Tasik Temenggor. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

LTDL 2023: Zawawi Belum 'Panas'

2

Sukan 2 tahun yang lalu

LTdL 2024 Bakal Berlangsung Pada September Atau Oktober

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Alami Kecederaan Serius, TSG Teruskan LTdL Tanpa Youcef Reguigui

4

Sukan 3 tahun yang lalu

LTDL 2022: Kemenangan Peringkat Kedua Molano Dibatalkan

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini