web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Alami Kecederaan Serius, TSG Teruskan LTdL Tanpa Youcef Reguigui

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 5:11PM

TSG hilang khidmat ketua pasukannya, Youcef Reguigui yang dilanda kecederaan serius dalam kemalangan semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) terpaksa meneruskan separuh masa kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 tanpa ketua pasukannya, Youcef Reguigui yang dilanda kecederaan serius dalam kemalangan di Peringkat 4 (Sabak Bernam hingga Meru Raya) semalam .

Pengarah sukan, Danny Feng berkata, kemalangan itu menyebabkan luka dalam pada lutut kiri Youcef serta merosakkan tendonnya.

Justeru, warga Algeria tersebut terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di Kinta, Ipoh petang tadi.

Walau bagaimanapun, tambah Danny, Youcef bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang patah tulang.

“Youcef dihantar ke hospital sejurus selepas kemalangan terbabit, tetapi dia dikehendaki menjalani pembedahan hari ini untuk mencuba dan membaiki tendon.

“Selepas pembedahan, kami akan membawanya pulang ke Kuala Terengganu untuk proses pemulihan selama dua minggu, sebelum berlepas pulang ke Algeria,” katanya.

Walaupun kecederaan berkenaan tidak akan mengancam kerjaya Youcef, Danny mengakui ketidakhadirannya akan memberi impak besar kepada pasukan, sekali gus menjadikan baki perlumbaan lebih mencabar.

“Youcef pernah menjadi ketua pasukan untuk perlumbaan kerana dia mempunyai pengalaman paling banyak susulan penyertaan di peringkat Jelajah Dunia sebelum ini.

“Walaupun begitu, kami masih ada Harrif (Saleh). Dia berada dalam keadaan baik dan berpotensi untuk memenangi peringkat seterusnya.

“Tetapi, tanpa Youcef yang biasanya merupakan pelumba terakhir sebelum Harrif diturunkan di penamat, kami perlu mencari strategi berbeza,” tambah Danny.

Youcef terlibat dalam kemalangan kira-kira dalam 500 meter terakhir menuju garisan penamat ketika dia mengetuai rakan sepasukan Harrif Saleh untuk pecutan terakhir.

Walaupun Harrif dapat mengelak rempuhan, namun dia kehilangan momentum untuk pecutan penamat kerana cuba memperlahankan (pecutannya)," tambahnya. - The Vibes, 15 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad