web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LTDL 2022: Kemenangan Peringkat Kedua Molano Dibatalkan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 10:21AM

Juan Sebastian Molano - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kemenangan pelumba UAE Team Emirates, Juan Sebastian Molano pada peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 dari Kuala Klawang ke Raub semalam dibatalkan.

Menurut kenyataan dalam laman Twitter rasmi LTdL, gelaran pelumba Colombia itu ditarik balik susulan didapati melakukan kesalahan pecutan yang 'tidak teratur' ketika menghampiri 300 meter garisan penamat di Dataran Raub, Pahang, semalam.  

Keputusan itu sekali gus menyaksikan juara peringkat kedua meliputi jarak 178.9 kilometer itu menjadi milik pelumba ARA Pro Racing Sunshine Coast, Craig Wiggins sementara Gleb Syritsa (Astana Qazaqstan Team) di tempat kedua manakala Jakub Mareczko (Alpecin-Deceuninck) tempat ketiga.

"Juan Sebastian Molano dibatalkan kemenangan kerana melakukan pecutan yang tidak mengikut laluan sepatutnya.

"Pemenang Peringkat 2 ialah Craig Wiggins dari Australia (ARA Sunshine Coast)," menurut kenyataan itu.

Molano jatuh ke kedudukan ke-109 bagi perlumbaan peringkat kedua bersama-sama kumpulan pelumba terakhir yang tiba di garisan penamat.

Namun, pelumba berusia 27 tahun itu dibenarkan meneruskan perlumbaan seperti biasa selepas namanya turut berada dalam senarai perlumbaan peringkat ketiga dari Putrajaya ke Genting Highlands, hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Raya Mengejut, Tunku Azizah 'Bersengkang Mata' Masak Juadah

2

Sukan 2 tahun yang lalu

LTdL 2023: Syritta Tawan Peringkat Kedua

3

Sukan 2 tahun yang lalu

LTDL 2023: Zawawi Belum 'Panas'

4

Sukan 2 tahun yang lalu

LTdL 2024 Bakal Berlangsung Pada September Atau Oktober

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam