web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LTdL 2024 Bakal Berlangsung Pada September Atau Oktober

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 8:34PM

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) menerima replika jersi daripada Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz (dua, kiri) pada majlis pengumuman penaja utama untuk sukan Le Tour de Langkawi di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi tahun depan, dijangka kekal diadakan pada September atau Oktober, kata Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Datuk Amarjit Singh.

Beliau yang juga Naib Presiden, Persatuan Berbasikal Malaysia (PKBM) berkata setakat ini, tiada perancangan untuk saingan berprestij itu kembali ke tarikh asal pada Februari atau Mac, kerana menyifatkan saingan pada penghujung tahun adalah waktu terbaik bagi menganjurkan perlumbaan bertaraf ProSeries itu.

“Saya rasa pada ketika ini kita, selesa dengan tarikh di hujung tahun, untuk tahun depan kita cadangkan pada September dan awal Oktober, tarikh-tarikh itu dalam proses kelulusan daripada UCI,” katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan rakan penaja perdana LTdL 2023, di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil hari ini. 

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Amarjit berkata penetapan tarikh tersebut penting bagi menarik lebih banyak penyertaan pasukan dari luar negara, terutamanya berstatus World Team, untuk mengatur jadual perlumbaan masing-masing bagi musim depan.

“Dalam masa dua tiga tahun lagi akan ada pembaharuan semula untuk kalender ProSeries, jadi kena tunjukkan misalnya kita ada siaran langsung dan sebagainya, organisasi yang stabil. Ini akan memudahkan proses pembaharuan semula (jadual perlumbaan).

“Saya rasa tiga tahun akan datang, penganjur yang sama, Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Belia dan Sukan dan Petronas, ini menjadikan ia lebih mudah dan perancangan boleh dimulakan lebih awal,” katanya.

Perlumbaan LTdL kebiasaannya diadakan pada Febuari dan Mac sejak kali pertama penganjurannya pada 1996 hingga 2020, namun berikutan wabak COVID-19 dan kalendar kejohanan berbasikal lain menjadikan perlumbaan tersebut ditangguhkan kepada Oktober pada 2022.

Terdahulu, penganjur LTdL hari ini mengumumkan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) sebagai penaja perdana, perlumbaan tersebut. 

LTdL 2023 yang akan menampilkan 132 pelumba daripada 22 pasukan, dijadual berlangsung dari 23 hingga 30 September ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

2 Anak Malaysia Galas Tugas Jurutera Bendalir F1 Mercedes-AMG PETRONAS

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Saya Ambil Risiko Sekali Lagi Demi Negara Tercinta - Mohd Azizulhasni

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad