web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LTDL 2023: Zawawi Belum 'Panas'

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 12:06PM

Orang ramai tidak melepaskan peluang merakamkan aksi peloton Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2023 yang melalui laluan perlumbaan pada siri Jelajah LTdL peringkat pertama dari Kerteh ke Kuala Terengganu sejauh 187.4 KM semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kapten skuad berbasikal kebangsaan, Muhammad Zawawi Azman mengakui beliau belum bersedia sepenuhnya apabila tidak berhasil membuka tirai saingan Peringkat Pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, dengan keputusan memberangsangkan, semalam. 

Pelumba berusia 29 tahun yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-100 daripada 128 pelumba pada Peringkat Pertama Kerteh-Kuala Terengganu, berkata beliau akan segera bangkit mencari rentak dalam mempamerkan kayuhan lebih bertenaga di peringkat seterusnya.

"Di Peringkat Pertama, semua pelumba masih mencari posisi. Sama juga seperti saya kerana sudah lama tidak berlumba.

"Saya akan 'perang' lagilah. Peringkat Kedua hampir sama seperti Peringkat Pertama iaitu saya tidak meletakkan apa-apa sasaran untuk LTdL. Kalau boleh peringkat demi peringkat perlumbaan akan buat sebaik boleh," katanya ketika ditemui.

Zawawi adalah bekas pelumba Sapura Cycling Team (TSC) selepas pasukan itu dibubarkan pada Jun lalu, kini menjadi antara taruhan utama skuad berbasikal kebangsaan pada LTdL edisi ke-27.

Perlumbaan Peringkat Kedua dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu sejauh 186.2 kilometer (km) hari ini, membabitkan tiga zon pecutan di Bukit Nenas, Bandar Permaisuri serta Peringat selain dua zon pendakian di Setiu dan Pelong. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

LTdL 2023: Syritta Tawan Peringkat Kedua

2

Sukan 2 tahun yang lalu

LTdL 2024 Bakal Berlangsung Pada September Atau Oktober

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Alami Kecederaan Serius, TSG Teruskan LTdL Tanpa Youcef Reguigui

4

Sukan 3 tahun yang lalu

LTDL 2022: Kemenangan Peringkat Kedua Molano Dibatalkan

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad