web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shah Firdaus, Sivasangari Dipilih Bawa Jalur Gemilang di Sukan Asia

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 6:37PM

Pelumba berbasikal trek, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan jaguh skuasy, S. Sivasangari akan menjadi pembawa Jalur Gemilang di Sukan Asia Hangzhou bulan depan. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba berbasikal trek, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan jaguh skuasy, S. Sivasangari, dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang untuk Sukan Asia Hangzhou 2022, di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria pada majlis penyerahan watikah pemilihan kepada Kontinjen Malaysia ke temasya berkenaan, hari ini.

“Kedua-dua Shah Firdaus dan Sivasangari mempunyai reputasi yang besar dan dilihat sebagai prospek pingat di Hangzhou. Saya berharap mereka menjadi inspirasi kepada atlet lain, terutamanya yang kali pertama menyertai temasya besar ini,” katanya.

Sivasangari sebelum ini dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang untuk Sukan Komanwel 2022 Birmingham, namun tidak dapat beraksi selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Jun tahun lalu.

Mohamad Norza turut mengumumkan pemilihan Presiden Persekutuan Tinju Malaysia, Datuk Mohamad Iruan Zulkefli dan bekas atlet gimrama, Prof. Madya Dr Farrah Hani Imran, sebagai Timbalan Ketua Kontinjen bagi temasya itu, untuk membantu Ketua Kontinjen, Datuk Chong Kim Fatt dalam urusan berkaitan penyertaan, logistik dan kebajikan atlet negara di Hangzhou.

Mohamad Norza berkata mengikut kemas kini terbaharu, seramai 289 atlet dan 145 pegawai akan mewakili Malaysia di Sukan Asia kali ini.

Malaysia akan menyertai dalam 22 daripada 40 jenis sukan yang dipertandingkan, termasuk terjun, badminton, berbasikal, ekuestrian, gimnastik, hoki, karate, memanah, skuasy, olahraga, taekwondo, esukan, tinju dan wushu.

Sementara itu, Shah Firdaus, 27, berkata pemilihannya sebagai pembawa Jalur Gemilang merupakan satu penghargaan dan motivasi, untuk menyumbangkan sesuatu di Sukan Asia nanti.

“Sebagai pembawa bendera, saya kena tunjuk contoh yang baik kepada rakyat Malaysia dan atlet-atlet kita. Tekanan ada walaupun jika tidak menjadi pembawa bendera, cuma macam mana kita atasi tekanan itu yang paling penting.

“Pada temasya sebelum ini, saya selalu nak nikmati perlumbaan saya, sebaik saya dapat lakukannya saya boleh berkayuh dengan baik,” katanya yang bakal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu ketika ditemui selepas majlis itu.

Sivasangari, yang kini berada di Qatar untuk menyertai pertandingan, menerusi sebuah video berkata penghargaan membawa Jalur Gemilang dapat memberikan inspirasi kepadanya untuk menghadiahkan pingat buat negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

2

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Jaga Nama Baik Negara, Jangan Heret Insiden Sukan Jadi Isu Peribadi’ - Shah Firdaus

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Thailand Ranap Misi Malaysia Pertahan Emas Antara Regu Lelaki

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad