web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aaron - Wooi Yik Gagal Pertahan Kejuaraan, Kandas Di Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2023 8:02AM

Aaron-Wooi Yik tewas kepada pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 21-23, 13-21 dalam tempoh 42 minit - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Misi beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mempertahankan kejuaraan mereka musnah selepas terkandas di pusingan separuh akhir pada Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark, awal pagi ini waktu Malaysia.

Pada aksi di Royal Arena, Aaron-Wooi Yik yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan kempunan ke final selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 21-23, 13-21 dalam tempoh 42 minit sekali gus terpaksa berpuas hati membawa pulang pingat gangsa.

Selepas ketinggalan empat mata di pertengahan set pertama, gandingan lawan bangkit menyaingi Aaron-Wooi Yik apabila mengikat kedudukan sebanyak tiga kali sebelum akhirnya menoktahkan kemenangan dramatik dengan perbezaan dua mata.

Pasangan Korea Selatan itu terus tampil garang di set kedua apabila mendominasi gelanggang untuk mendahului 11-7 sebelum terus mengutip mata di atas kesilapan Aaron-Wooi Yik yang semakin tertekan sebelum mengesahkan kemaraan ke final dengan kelebihan lapan mata.

Aaron-Wooi Yik yang merupakan gandingan nombor empat dunia satu-satunya wakil negara yang berjaya mara sehingga ke pentas separuh akhir Kejohanan Dunia 2023 selepas mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama meraih gelaran juara dunia pada tahun lepas.

Di pentas final, Kang-Seo akan bertemu pasangan tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang menewaskan pilihan ketiga Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 17-21, 21-18, 21-19 dalam satu lagi pertemuan separuh akhir.

Sementara itu, final beregu wanita mempertemukan Chen Qingchen-Jia Yi Fan dari China yang juga pilihan pertama dengan Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia sementara saingan beregu campuran, pilihan pertama dari China Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong akan berdepan Seo Seung Jae-Chae Yu Jung dari Korea Selatan.

Bagi final saingan perseorangan wanita, pilihan pertama dari Korea Selatan An Se Young akan membuat perhitugan berdepan Carolina Marin dari Sepanyol manakala acara perseorangan lelaki, Kunvalut Vitidsarn dari Thailand akan menentang pemenang antara Kodai Naraoka dari Jepun dan jaguh Denmark Anders Antonsen yang merupakan pilihan kedua. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad